Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Sabtu, 18 September 2010

Banting to Pantai Dalam

Sebelum ini kalau disebut Banting, dalam kepala adalah sebuah daerah di Selangor Darul Ehsan. Tapi, kalau sekarang ada orang bertanya mana Banting? Dalam kepala mesti terbayang wajah arwah Datuk Sosilawati yang dibunuh kejam bersama 3 yang lain. Boleh jadi juga ada yang gambarkan sekumpulan pasukan polis termasuk forensik yang keluar masuk - keluar masuk ke daerah tersebut dengan barang bukti dan barang kes (aduhai), mungkin juga ada yang terbayang anjing-anjing rotweiller yang besar, garang dan kejam. Macam-macam...

Walaupun tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan arwah, namun mengenalinya di akhbar mahupun majalah itu sudah pasti. Sejak beberapa lama juga saya tahu dia mengusahakan produk kosmetiknya yang diiklankan dalam sebuah majalah tempatan. Tapi itulah kesudahan hidup beliau, sudah diaturkan Penciptanya... jika mati itu lebih baik, biarlah dia pergi.

Itu berita yang menjadi topik utama kalau beli surat khabar, sepanjang hari raya... pulang ke Pantai Dalam selepas sakan berhari raya, kelibat ambulans, kereta polis pula yang menyambut kepulangan kami anak beranak. Apa pula yang berlaku di kejiranan kami sepanjang ketiadaan kami pulang ke kampung?

Benar masin mulut suami saya mengandaikan ada orang terjun bangunan (Nauzubillah), kalau kita tak tahu cerita sebenar lebih baik kita tutup mulut kan? Tapi fokus saya bukan pada mangsa yang telahpun meninggal tersebut, tetapi pada seorang makcik yang menyaksikan kejadian tersebut. Saya boleh bayangkan makcik tersebut tak dapat tidur satu malam atau lebih.... sebab menurut cerita (ngeri untuk diterangkan kerana jatuh dari tingkat 13). Al-Fatihah