Suatu hari... ketika duduk bersama para Sahabat, Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara” 1 Ketenangan semasa solat. 2 Isteri/Perempuan yang solehah 3 Wangi-wangian/bau-bauan yang harum.
Lalu Saidina Abu Bakar RA menyampuk, "Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan di dunia ini!”
1 Menatap wajah Rasullullah. 2 Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah. 3 Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah.
Kemudian Saidina Umar RA pula berkata, ”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan di atas muka bumi ini"
1 Mencegah kemungkaran. 2 Menyuruh kepada kebaikan. 3 Berpakaian sederhana.
Selepas itu Saidina Othman RA pula berkata, ”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan”
1 Memberi makan orang yang lapar. 2 Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian. 3 Membaca Al-Quran.
Tiba pula giliran Saidina Ali RA.. "Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”
1 Melayan tetamu. 2 Berpuasa di musin panas. 3 Berperang pada jalan Allah.
Sedang asyik mereka bercerita, turunlah Malaikat Jibril menyapa Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!”
Lalu Rasullullah bertanya, "Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?”
Malaikat Jibril menjawab:
1 Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat. 2 Aku suka mendampingi orang yang beriman. 3 Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan.
Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku”
Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku. Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku. Orang yang apabila diuji, mereka bersabar.