Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Sabtu, 30 April 2011

Dengarlah wahai kaum lelaki khususnya kepada suami...

Dengarlah wahai kaum lelaki khususnya kepada suami...


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Berwasiatlah kamu semua (lelaki) kepada kaum wanita dengan yang baik-baik (lemah lembut), sebab sesungguhnya wanita itu dibuat dari tulang rusuk dan sesungguhnya selengkung-lengkungnya tulang rusuk ialah bahagian yang teratas sekali. Maka jikalau engkau cuba untuk meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jikalau engkau biarkannya saja, maka ia akan tetap lengkung selama-lamanya. Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yang baik-baik kepada kaum wanita itu” (Muttafaq’alaih)


Dlm riwayat Muslim disebutkan:


Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya wanita it dibuat dari tulang rusuk yang tidak akan melurus pada suatu jalan selama-lamanya untukmu. Maka jikalau engkau bersenang-senang dengannya, dapat pula engkau bersenang-senang dengannya, tetapi di dalam wanita itu ada kelengkungannya dan jikalau engkau luruskan ia, maka engkau akan mematahkannya dan patahnya itu ialah menceraikannya.


Habib Ali Zeinal Abidin al-Hamid membahaskan…


Maksud dari hadis berkenaan bukanlah bermaksud Islam menjatuhkan kedudukan wanita, tetapi menyatakan bahawa Allah telah menetapkan apa yang ada pada lelaki itu tiada pada wanita dan apa yang ada pada wanita itu tiada pada lelaki. Sesungguhnya maksud dari “lengkung” pada wanita itu adalah wanita itu lebih mudah cenderung pada emosinya dan sifat ini adalah tetap menjadi sifat bagi wanita.


Oleh demikian, kaum lelaki terutamanya suami, ketika kamu menghadapi masalah dalam keluargamu, isterimu tetap akan dengan sifat emosinya oleh kerana itu adalah lumrah ciptaannya. Maka hendaklah kamu yang memulakan dahulu berlemah lembut terhadap mereka (isteri). Jika kamu tetap dengan ketegasan kamu yakni ingin meluruskannya ikut kehendak kamu, kamu akan mematahkannya (penceraian).


Dalam firman Allah s.w.t. “Jika kamu (lelaki) tidak menyukai isteri kamu dan kamu bersabar, itu adalah lebih baik untuk kamu”


Penceraian itu bukanlah jalan pertama kamu menyelesaikan masalahmu dengan isterimu. Carilah penyelesaian dengan berlemah-lembut terlebih dahulu dan jika tetap tiada penyelesaiannya, mungkin penceraian itu jalan terakhir yang terbaik untukmu.


Sesungguhnya perkara yang halal yang paling dibenci Allah adalah penceraian.


** afwan jika terdapat ayat-ayat yg salah di atas. Mohon antum betulkan al-faqir.


Dari Majlis Ta’alim Darul Murtadza


Pimpinan al-Habib Ali Zeinal Abidin a-Hamid,


AU3, Keramat (29 April 2011)


http://darulmurtadza.blogspot.com/

Khamis, 28 April 2011

Kata-Kata Hikmah Daripada Ulama Warisan Rasulullah

"Jadilah kamu anak yang bijak pada masamu.
Jika kamu melihat mereka seperti serigala,
maka janganlah kamu seperti kambing yang jadi santapan mereka.
Dan jika kamu melihat mereka seperti kambing,
maka janganlah kamu seperti serigala yang menghantui mereka.
(Habib Abdurrahman As-Segaf)

Ahad, 17 April 2011

Hari Dan Peristiwanya

Terfikirkah kita apabila berada dalam satu hari, dan terjadi satu peristiwa... adakah kita cuba kaitkan peristiwa-peristiwa tersebut dengan sejarah silam umat-umat terdahulu serta kisah-kisah kenabian? Jadi, renung-renungkanlah peristiwa pada hari-hari di bawah dan jadikan ia iktibar untuk melakukan sesuatu, juga panduan untuk memilih hari-hari yang sesuai untuk membuat sebarang urusan, kerana adanya Hari Ini adalah disebabkan Sejarah Masa Lalu.





Isnin-Peristiwa Besar Para Anbia'


1. Nabi Idris a.s naik ke langit


2. Nabi Musa a.s mengunjungi Bukit Tursina


3. Lahirnya junjungan mulia Rasulullah SAW


4. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW


5. Rasulullah SAW wafat


Justeru, perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, kerana banyak peristiwa besar dan istimewa telah berlaku pada hari Isnin memperlihatkan kita betapa istimewanya hari yang dipilih oleh Allah SWT tersebut.



Selasa-Hari Pembunuhan


1. Nabi Yahya a.s wafat dibunuh


2. Nabi Zakaria a.s wafat dibunuh


3. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan


4. Aishah, isteri Firaun mangkat dibunuh


5. Lembu kaum Bani Israel mati dibunuh


6. Habil dibunuh Qabil


Cuba tatkala menyemak akhbar-akhbar harian dan terpapar berita pembunuhan, semak hari pembunuhan tersebut berlaku. Boleh jadi berlaku pada hari selain Selasa (tidak dinafikan), tapi kebanyakkannya...


Rabu-Peristiwa kehancuran


1. Qarun hancur binasa


2. Firaun dan tenteranya ditenggelamkan


3. Raja Namrud ditewaskan nyamuk


4. Umat Nabi Hud a.s dimusnahkan Allah dengan angin taufan


Saya boleh kaitkan dengan bencana alam (mungkin), kebakaran besar-besaran hutan, kilang dan sebagainya.



Khamis-Hari Pertemuan


1. Saudara-saudara NabiYusuf a.s menemui baginda


2. Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf a.s di Mesir


3. Nabi Musa a.s memasuki Mesir


4. Nabi Yaakob a.s bertemu anaknya NabiYusuf a.s di Mesir


5. Nabi Muhammad saw memasuki Makkah


Jadi, rebutlah hari ini sebagai hari dan masa yang sesuai untuk menziarah saudara mara serta keluar bermusafir.



Jumaat - Hari Perkahwinan


1. Nabi Adam a.s berkahwin dengan Hawa


2. Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha


3. Nabi Musa a.s berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuaib a.s


Rebutlah peluang berkahwin pada hari Jumaat bagi yang belum mendirikan rumah tangga. Kebanyakan akad nikad pada hari Jumaat banyak di negeri2 pantai timur, semoga perkahwinan lebih diberkati. Amiin....



Sabtu - Hari Penipuan


1. Nabi Nuh a.s diperolok oleh kaumnya


2. Nabi Salleh a.s ditipu kaumnya


3. Nabi Yusuf a.s ditipu saudaranya


4. Nabi Isa a.s diperdaya kaum Yahudi


Oleh hal yang demikian, berhaati-hatilah menjalankan sebarang urusniaga pada hari Sabtu, dikhuatiri kita terlibat dengan siri-siri penipuan yang macam2 rupa bentuk. Terbuktikan, biasa hari Sabtu ramai yang outing, mesti terkena dengan peraduan gores dan menang, minta derma dan macam-macam lah. Fikirkan...



Ahad - Hari Penciptaan


Allah jadikan alam, bintang, api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.


Subhanallah... maka banyakkan zikir ke atas Allah SWT serta panjatkan syukur keatasNya kerana mengurniakan kita nikmat Iman yang tidak ternilai bandingan harganya dengan suatu apapun di muka bumi ini.











Ahad, 10 April 2011

RENUNGAN BERSAMA

"Dunia berjalan meninggalkan (manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput (manusia) dan masing2 mempunyai penggemar, kerana itu jadilah engkau penggemar akhirat dan jangan jadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini (hidup di dunia) adalah masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok (hari pembalasan) adalah masa pembalasan bukan beramal.

(Saidina Ali b. Abi Thalib KW)