Dengarlah wahai kaum lelaki khususnya kepada suami...
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Berwasiatlah kamu semua (lelaki) kepada kaum wanita dengan yang baik-baik (lemah lembut), sebab sesungguhnya wanita itu dibuat dari tulang rusuk dan sesungguhnya selengkung-lengkungnya tulang rusuk ialah bahagian yang teratas sekali. Maka jikalau engkau cuba untuk meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jikalau engkau biarkannya saja, maka ia akan tetap lengkung selama-lamanya. Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yang baik-baik kepada kaum wanita itu” (Muttafaq’alaih)
Dlm riwayat Muslim disebutkan:
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya wanita it dibuat dari tulang rusuk yang tidak akan melurus pada suatu jalan selama-lamanya untukmu. Maka jikalau engkau bersenang-senang dengannya, dapat pula engkau bersenang-senang dengannya, tetapi di dalam wanita itu ada kelengkungannya dan jikalau engkau luruskan ia, maka engkau akan mematahkannya dan patahnya itu ialah menceraikannya.
Habib Ali Zeinal Abidin al-Hamid membahaskan…
Maksud dari hadis berkenaan bukanlah bermaksud Islam menjatuhkan kedudukan wanita, tetapi menyatakan bahawa Allah telah menetapkan apa yang ada pada lelaki itu tiada pada wanita dan apa yang ada pada wanita itu tiada pada lelaki. Sesungguhnya maksud dari “lengkung” pada wanita itu adalah wanita itu lebih mudah cenderung pada emosinya dan sifat ini adalah tetap menjadi sifat bagi wanita.
Oleh demikian, kaum lelaki terutamanya suami, ketika kamu menghadapi masalah dalam keluargamu, isterimu tetap akan dengan sifat emosinya oleh kerana itu adalah lumrah ciptaannya. Maka hendaklah kamu yang memulakan dahulu berlemah lembut terhadap mereka (isteri). Jika kamu tetap dengan ketegasan kamu yakni ingin meluruskannya ikut kehendak kamu, kamu akan mematahkannya (penceraian).
Dalam firman Allah s.w.t. “Jika kamu (lelaki) tidak menyukai isteri kamu dan kamu bersabar, itu adalah lebih baik untuk kamu”
Penceraian itu bukanlah jalan pertama kamu menyelesaikan masalahmu dengan isterimu. Carilah penyelesaian dengan berlemah-lembut terlebih dahulu dan jika tetap tiada penyelesaiannya, mungkin penceraian itu jalan terakhir yang terbaik untukmu.
Sesungguhnya perkara yang halal yang paling dibenci Allah adalah penceraian.
** afwan jika terdapat ayat-ayat yg salah di atas. Mohon antum betulkan al-faqir.
Dari Majlis Ta’alim Darul Murtadza
Pimpinan al-Habib Ali Zeinal Abidin a-Hamid,
AU3, Keramat (29 April 2011)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan