Dah sekian lama saya tidak membaca akhbar dan sekian lama juga tidak menonton televisyen, saya agak sibuk apabila hujung tahun mula menyingkap tirainya. Bukan setakat sibuk dengan kerja, kesibukan saya meliputi anak-anak juga urusan rumah tangga yang lain. Namun saya sempat juga tahu tentang sebuah filem yang sedang hangat diperkatakan oleh seluruh dunia selepas mendengar tajuk2 utama akhbar tempatan di Radio IKIM.FM. (Kredit untuk Pian dan Siti- DJ bertugas @Warna Pagi). Itulah yang saya lakukan setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah.
Sekiranya ditanyakan pada saya, jawapannya ialah filem tersebut tak lebih dari sekadar sebuah filem murahan, bajet ciput, tak perlu iklan, apatah lagi pelakon handalan. Bagaimana saya tahu? Kerana keinginan untuk menonton dan mahu tahu jalan ceritanya sangat membuak2 maka saya pun search dan telah menonton beberapa bab preview filem berkenaan melalui blog2 tempatan. Hanya dengan satu preview yang ditonton saya lantas tutup. *&^&%^$%#$@!*&&(().
Memang saya MARAH, kerana Nabi Junjungan Mulia SAW telah digambarkan dengan begitu jijik sekali oleh musuh-musuh Islam. Tapi pernahkah kita fikir, kenapa begitu dan kenapa pula begini?
Agenda Tersembunyi (Cetusan Rasa Diri Sendiri)
Musuh-musuh Islam sedang merangka sesuatu yang mungkin kita tidak terfikir. Mereka sangat licik wahai saudara Islamku. Mereka hanya mahu menutup pandangan kita selaku umat Islam seluruh dunia dengan filem murahan bikinan dalam studio. Kita tak akan nampak ketawa besar mereka apabila seluruh umat Islam bangkit dengan kemarahan atas penghinaan tersebut dan mereka berguling-guling kegembiraan dengan kematian duta mereka di Libya. Tak mengapa... korban yang satu itu akan dijadikan isu paling besar untuk menutup mata umat Islam akan satu kejadian yang tidak terfikir dek akal kita beberapa detik masa sahaja lagi.
Masakan tidak, dengan isu ini kita secara automatik telah mengabaikan saudara kita yang sedang sengsara angkara mereka di Palestin. Kerana mereka telah sibukkan kita dengan isu penghinaan Maha Jijik. Usah berpaling saudara Islamku... Filem tersebut tak lebih hanya sebuah karya sampah dan bangkai. Provokasi ucapan pemimpin2 mereka juga tak lebih dari sekadar bercakap dengan mulut berbau longkang. Tetapi kita selaku umat Islam, tetaplah dengan agama ini.
BOIKOT??
KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM SEBENAR??
Selepas ini...
KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM SEBENAR??
Selepas ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan