Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Ahad, 1 Februari 2015

Bekam, Amalan Sunnah

Alhamdulillah, sudah setahun set bekam ada di rumah kami, kini dah pun bertambah
menjadi 2 set. Menambah satu lagi set bekam itu menjadi 2 set bukanlah apa-apa,
agar mudah saya dan suami sekiranya ada diantara isteri rakan suami yang turut mahu
dibekam, maka saya yang amatur ini boleh bekamkan tanpa perlu menunggu
set yang suami gunakan.

Saya bermula dengan dipaksa Encik Suami agar dirinya dibekam (Suami saya sebelum ini
memang paling tidak 3 bulan sekali akan mengupah rakannya untuk membekam dirinya)
Itu cerita semasa kami menetap di Kuala Lumpur.
Tapi setelah kami pindah ke Pahang, amalan tersebut adalah menjadi lebih sukar untuk
diamalkan kerana tak jumpa port nya. Tetapi, usaha pasti jaya. Chaiyok

Lepas habis membekam suami, saya dengan rela hati ingin dibekam pula. Actually, saya jenis yang boleh mencuba dan suka mencuba specially perkara-perkara sunnah.

First trial, Allahu... sakit lagi masa kontraksi nak bersalin.
Maksudnya, tak lah sakit sampai perlu menjerit bagai. Memang tak sakit langsung bagi orang yang tahan sakit macam saya. Kesudahan yang sangat enak dan nyaman, selesai dengan badan yang sangat ringan umpama mendapat
gantian badan baru.

Asalnya, sebelum saya dibekam saya banyak makan durian, almaklumlah musim buah. Apatah lagi sepanjang perjalanan
pulang dari sekolah, buah durian asyik melambai-lambai di tepi jalan. Bila banyak makan durian, ditambah pulak awak tu 'rajin' sangat bersenam maka lesu lah satu badan, nak bangun pagi pun liat, asyik mengantuk dan tak ada motivasi untuk buat kerja-kerja di sekolah mahupun di rumah.

Bertitik tolak daripada bekam saya yang pertama itu, maka saya tak betah kalau tak dibekam untuk tempoh 3 bulan selepasnya. Sedikit demi sedikit saya belajar dari suami tentang titik serta pantang larang sebelum dan selepas berbekam. Awesome!

Nanti akan saya kongsikan gambar darah2 bermasalah yang keluar dari hasil bekam untuk rujukan. Tungguuu....

Maulid In Da Houz

Assalammualaikum wbt...

Lama sudah tak bersiaran, lantaran sibuk menghambat sepanjang
tahun sudah dan saya berharap lembaran 2015 ni sibuk itu sudah boleh
dihambat jauh-jauh.

Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad

Selesai juga tahun baru 2015 ini kami suami isteri jayakan Maulidurrasul dengan
menganjurkan majlis Maulid Barzanji, perarakan mini dan acara makan-makan di rumah
bonda dan ayahanda tercinta.

Masyaa Allah, semoga dengan penganjuran tersebut maka kami sekeluarga terpandang oleh
Junjungan Mulia Rasulullah SAW untuk diberi syafaat pada hari kebangkitan kelak.
Aamin!

Bersama 2 kumpulan marhaban, Kg. Ajai dan Kg. Kuala Gali.

Muhammad Al-Ameen yang sibuk sepanjang acara,
sambunglah acara ini anak-anakku bila mama dan Babah tiada lagi

Abdullah Naseih dan Iklil Zaatariyah

Bunga Manggar tak semestinya pada acara nikah kahwin,
pada menyambut kelahiran Rasulullah mestilah lebih lagi.

Sollu 'Alan Nabiyyy

Ya Allah.. Rahmati mereka.
Alhamdulillah, antara juadah yg kami sediakan. rasa gembira sebab
tetamu dapat makan bertambah-tambah.

Semoga kami dapat lagi menganjurkan majlis seperti ini pada penganjuran yang akan datang.
Insyaa Allah.