Alhamdulillah, sudah setahun set bekam ada di rumah kami, kini dah pun bertambah
menjadi 2 set. Menambah satu lagi set bekam itu menjadi 2 set bukanlah apa-apa,
agar mudah saya dan suami sekiranya ada diantara isteri rakan suami yang turut mahu
dibekam, maka saya yang amatur ini boleh bekamkan tanpa perlu menunggu
set yang suami gunakan.
Saya bermula dengan dipaksa Encik Suami agar dirinya dibekam (Suami saya sebelum ini
memang paling tidak 3 bulan sekali akan mengupah rakannya untuk membekam dirinya)
Itu cerita semasa kami menetap di Kuala Lumpur.
Tapi setelah kami pindah ke Pahang, amalan tersebut adalah menjadi lebih sukar untuk
diamalkan kerana tak jumpa port nya. Tetapi, usaha pasti jaya. Chaiyok
Lepas habis membekam suami, saya dengan rela hati ingin dibekam pula. Actually, saya jenis yang boleh mencuba dan suka mencuba specially perkara-perkara sunnah.
First trial, Allahu... sakit lagi masa kontraksi nak bersalin.
Maksudnya, tak lah sakit sampai perlu menjerit bagai. Memang tak sakit langsung bagi orang yang tahan sakit macam saya. Kesudahan yang sangat enak dan nyaman, selesai dengan badan yang sangat ringan umpama mendapat
gantian badan baru.
Asalnya, sebelum saya dibekam saya banyak makan durian, almaklumlah musim buah. Apatah lagi sepanjang perjalanan
pulang dari sekolah, buah durian asyik melambai-lambai di tepi jalan. Bila banyak makan durian, ditambah pulak awak tu 'rajin' sangat bersenam maka lesu lah satu badan, nak bangun pagi pun liat, asyik mengantuk dan tak ada motivasi untuk buat kerja-kerja di sekolah mahupun di rumah.
Bertitik tolak daripada bekam saya yang pertama itu, maka saya tak betah kalau tak dibekam untuk tempoh 3 bulan selepasnya. Sedikit demi sedikit saya belajar dari suami tentang titik serta pantang larang sebelum dan selepas berbekam. Awesome!
Nanti akan saya kongsikan gambar darah2 bermasalah yang keluar dari hasil bekam untuk rujukan. Tungguuu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan