Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Rabu, 19 Disember 2012

MENGAPA IKAN TIDAK MEMPUNYAI LIDAH?


Rasulullah SAW bersabda : “Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam.”

Sabda Rasulullah SAW lagi :”Tidak masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita.” Apabila di tanya apa hikmahnya. Baginda SAW menjawab ;”Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.”

Salah seorang sahabat pun bertanya, ”kenapa ikan tidak mempunyai lidah?”

Sabda Rasulullah SAW :” Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekalian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua Malaikat patuh kecuali Iblis laknatullah. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar ke bumi.

Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut dan pertama yang dijumpainya ialah ikan. Iblis pun menceritakan keburukan dan kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya 
”sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada di lautan dan di daratan.”

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.”

Wallahu A’lam

Kredit buat Charm Chormey (Sahabat FB)

Selasa, 4 Disember 2012

Pesan Luqmanul Hakim

Kredit kepada 'Mencari Damai' @ Facebook


Bagaimana Manusia Mula Merokok

Kredit buat Mh Suffian AR (Sahabat FB) atas sharing di status beliau.


Antara soalan yang sering saya terfikirkan adalah siapa agaknya yang mula mengajar manusia hisap rokok sehinggakan tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini. Kalau dilihat sejarah rokok jenis biasa yang kebanyakan orang hisap sekarang ini, ia bermula daripada negara Amerika.

Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalamai keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi mustajab.

Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.

Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.
Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan. Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.

Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.
Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.

Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.

Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh tok-tok bomoh kita dahulu dan juga sekarang.

Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih sophistikated sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Kita masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.

Isnin, 3 Disember 2012

Perfume Lagi

Setakat tarikh ini dah berpuluh-puluh botol minyak wangi telah kami jual kepada pelanggan yang menaruh kepercayaan 100% kepada jualan kami.
Walau mempunyai kerjaya lain, hobi untuk menambah pendapatan isirumah ini tetap kami jalankan secara partime. Tujuan hanyalah untuk menambah simpanan ke Tanah Suci satu hari nanti.

Tugas hakiki masih dijunjung, tugas sampingan dikelek. 

Teman-teman yang follow blog ini bisik-bisikkanlah pada rakan2 tentang blog ini. Di samping membaca artikel2 yang di post, rakan2 boleh mencuba minyak wangi kami.

Wassalam.
  

Ahad, 23 September 2012

Tawaran Lebih Banyak Haruman

Terdapat 8 haruman yang terbaru dari kami untuk bulan ini istimewa untuk pencinta haruman seluruh dunia. Isian 2.5ml ini menjanjikan ketahanan bau lebih dari 8 jam. Suci. Harum. Meyakinkan.

White Musk
Habibi
Dunhill
One Man Show
Sultan Super
Siral Hab
Rosa
Alharamain Collection

Harga sebotol RM10.00

Beli lebih daripada 5 botol kami tawarkan harga ISTIMEWA.
Call @ sms 0133687212 (Cikgu Zawawi)

Isnin, 17 September 2012

Innoncence Of Muslim

Dah sekian lama saya tidak membaca akhbar dan sekian lama juga tidak menonton televisyen, saya agak sibuk apabila hujung tahun mula menyingkap tirainya. Bukan setakat sibuk dengan kerja, kesibukan saya meliputi anak-anak juga urusan rumah tangga yang lain. Namun saya sempat juga tahu tentang sebuah filem yang sedang hangat diperkatakan oleh seluruh dunia selepas mendengar tajuk2 utama akhbar tempatan di Radio IKIM.FM. (Kredit untuk Pian dan Siti- DJ bertugas @Warna Pagi). Itulah yang saya lakukan setiap pagi dalam perjalanan ke sekolah.

Sekiranya ditanyakan pada saya, jawapannya ialah filem tersebut tak lebih dari sekadar sebuah filem murahan, bajet ciput, tak perlu iklan, apatah lagi pelakon handalan. Bagaimana saya tahu? Kerana keinginan untuk menonton dan mahu tahu jalan ceritanya sangat membuak2 maka saya pun search dan telah menonton beberapa bab preview filem berkenaan melalui blog2 tempatan. Hanya dengan satu preview yang ditonton saya lantas tutup.  *&^&%^$%#$@!*&&(().

Memang saya MARAH, kerana Nabi Junjungan Mulia SAW telah digambarkan dengan begitu jijik sekali oleh musuh-musuh Islam. Tapi pernahkah kita fikir, kenapa begitu dan kenapa pula begini?

Agenda Tersembunyi (Cetusan Rasa Diri Sendiri)
Musuh-musuh Islam sedang merangka sesuatu yang mungkin kita tidak terfikir. Mereka sangat licik wahai saudara Islamku.  Mereka hanya mahu menutup pandangan kita selaku umat Islam seluruh dunia dengan filem murahan bikinan dalam studio. Kita tak akan nampak ketawa besar mereka apabila seluruh umat Islam bangkit dengan kemarahan atas penghinaan tersebut dan mereka berguling-guling kegembiraan dengan kematian duta mereka di Libya. Tak mengapa... korban yang satu itu akan dijadikan isu paling besar untuk menutup mata umat Islam akan satu kejadian yang tidak terfikir dek akal kita beberapa detik masa sahaja lagi.

Masakan tidak, dengan isu ini kita secara automatik telah mengabaikan saudara kita yang sedang sengsara angkara mereka di Palestin. Kerana mereka telah sibukkan kita dengan isu penghinaan Maha Jijik. Usah berpaling saudara Islamku...   Filem tersebut tak lebih hanya sebuah karya sampah dan bangkai. Provokasi ucapan pemimpin2 mereka juga tak lebih dari sekadar bercakap dengan mulut berbau longkang. Tetapi kita selaku umat Islam, tetaplah dengan agama ini.

BOIKOT??
KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM SEBENAR??

Selepas ini...


Sabtu, 15 September 2012

Baru Dari Kami-Saat Safa

Jenama:Al-Rehab
Nama Wangian: Saat Safa (3ml)
Deskripsi: Sesuai untuk lelaki dan wanita dengan bauan oud dan amber.
Harga: RM10/botol (belian 1-5 botol) dan RM5/botol untuk belian 6 botol dan ke atas.