Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Ahad, 31 Januari 2010

31 hari 2010


Pejam celik, sedar tak sedar sudah 31 hari di tahun 2010. Rasa baru semalam menyambut kedatangan 2010. Sedar atau tidak, cepat rasanya masa berlalu. Iklil Zaatariyah permata hati pertama aku dan suami sudah mula serasi dengan persekolahan barunya, PASTI ASSALAM. Kalau tahun lepas, aku dan suami terpaksa memberhentikannya daripada meneruskan kindergardennya kerana aku tak sanggup melihatnya murung hari ke hari. Setiap kali pulang dari sekolah ada saje hal yang dibuatnya. Hinggakan aku sendiri panas hati (apa yg dah berlaku di sekolah???).

Siapa yg nak aku upah untuk jadi spy? Jawapannya memang tak ada dan aku sendiri pun susah untuk buka mulut bertanyakan kepada barisan guru-gurunya... "Teacher, kenapa anak saya selalu begini dan begini dan begini bila pulang ke rumah???" Yang pasti aku tak mahu mendengar jawapan-jawapan bohong dari mereka.

Kini, hari-hari Iklil dah kembali ceria, setiap kali pulang sekolah dia akan ajarkan adiknya apa yg telah dipelajari sepanjang setengah hari dia di PASTI. Alhamdulillah....
Anakku yang kedua nanti, Abdullah Naseih juga akan aku hantarkan ke sana.

Jumaat, 29 Januari 2010

^^Permata Hati Cikgu^^



Dia lahir bukan dipinta kurangnya,
Dia lahir tanpa meminta cacatnya,
Dia lahir bukan untuk susahkan sesiapa,
Dia lahir kerana dipilih Pencipta...

Ibumu wanita yang tebalkan muka,
Ibumu wanita yang pekak telinganya,
Menutup deria dengar dan malunya,
Dari hiris kata yang muntah,
Yang menuduh anehnya hidupmu anak.....

Ibumu wanita yang luar biasa,
Moga ada tempatnya di SANA.

Buat Murid-muridku,
Pelajar Pend.Khas SK. Brickfields 1.
Kalian tetap dihati cikgu.

Ahad, 24 Januari 2010

## Terapi Berkuda ##

Nak beli kuda memanglah tak berkemampuan apatah lagi untuk menyediakan kandang, memberi makan dan segala keperluan. Tapi apakan daya, mahu juga ajarkan dan dedahkan permata-permata cilik kami dengan aktiviti berkuda tersebut. Tak jauh dari rumah, kami berusaha ke Tasik Titiwangsa berbondong-bondong, mengheret ketiga-tiga orang permata cilik dengan bibiknya sekali ke lokasi yang dimaksudkan.

Permata cilik pertama kami memang sejak dahulu teruja dengan aktiviti berkuda ini, sehinggakan kami terpaksa memekakkan telinga setiap kali aksinya menangis dan enggan pulang sebaik tamat aktiviti tersebut. Dua orang permata lagi mungkin juga kurang mengerti keseronokan tersebut, tetapi tetap menunjukkan minat.

Kini aku sentiasa cuba mencari ruang-ruang senggang agar aktiviti ini dapat aku dan suami jalankan secara istiqomah. Biarpun kuda tersebut hanya ditarik oleh pekerja-pekerja disitu, tetapi tak mustahil selepas ini permata-permata cilik itu akan berpindah ke ruang berkuda bersebelahan pula... Siapa tahu.

Sabtu, 23 Januari 2010

Big Book ^Kembara Dunia Semut^

Dalam proses pembikinan Big Book bertajuk KEMBARA DUNIA SEMUT.
Semoga semuanya berjalan lancar dan semua mendapat manfaat daripadanya.
Bukan senang untuk hasilkan karya tersebut, dan kini dalam rangka menyiapkan brochure dan senarai semak. Aku tidak mengharapkan banyak cukuplah ia dapat
menjadikan kanak-kanak gemar membaca dan menerokai bacaan mereka.

Ya Allah, aku tidak memohon dengan sesuatu yang lain, hanya padaMu aku berserah diri dan mengembalikan seluruh kejayaan kelak kepadaMu semula. Amiin.

Menanti Di Barzakh (Far East)


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Wahai Hati


Pandanglah keindahan,
Hati ingat kepada Allah yang menjadikan
Makanlah yang enak-enak
Hati ingat kepada Allah yang memberikan rezeki
Bersabarlah ketika sakit
Hati ingat kepada Allah
yang hendak menguji kesabaran hambaNya
Bersyukurlah ketika berjaya
Hati ingat kepada Allah
kerana setiap kejayaan adalah kurniaNya
Tabahlah jika menghadapi kegagalan
Hati ingat kepada Allah
yang mengetahui hikmah disebaliknya

Sang Semut Api


Aku dah terbiasa sangat dengan semut jenis api ini. Badan memang kecil bersaiz semut yang biasa tapi sekali dia menggigit seabad terasa. Kadang-kadang terlalu ghairah memanjat pokok zaman anak-anak dulu, hingga tak sedar semut jenis itu sedang bersedia dengan bala tentera tanpa senjata maujudnya untuk menyerang kulit-kulit yang cuba melakukan penghapusan etniknya tanpa sedar (memanglah tak disedari kerana asyik memetik buah dan makan sekali di atas pokok). Ampunkan kami Sang Semut, bukan niat mengganggu.... cuma tumpang lalu di teratakmu.