Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Ahad, 24 Januari 2010

## Terapi Berkuda ##

Nak beli kuda memanglah tak berkemampuan apatah lagi untuk menyediakan kandang, memberi makan dan segala keperluan. Tapi apakan daya, mahu juga ajarkan dan dedahkan permata-permata cilik kami dengan aktiviti berkuda tersebut. Tak jauh dari rumah, kami berusaha ke Tasik Titiwangsa berbondong-bondong, mengheret ketiga-tiga orang permata cilik dengan bibiknya sekali ke lokasi yang dimaksudkan.

Permata cilik pertama kami memang sejak dahulu teruja dengan aktiviti berkuda ini, sehinggakan kami terpaksa memekakkan telinga setiap kali aksinya menangis dan enggan pulang sebaik tamat aktiviti tersebut. Dua orang permata lagi mungkin juga kurang mengerti keseronokan tersebut, tetapi tetap menunjukkan minat.

Kini aku sentiasa cuba mencari ruang-ruang senggang agar aktiviti ini dapat aku dan suami jalankan secara istiqomah. Biarpun kuda tersebut hanya ditarik oleh pekerja-pekerja disitu, tetapi tak mustahil selepas ini permata-permata cilik itu akan berpindah ke ruang berkuda bersebelahan pula... Siapa tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan