Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Ahad, 31 Januari 2010

31 hari 2010


Pejam celik, sedar tak sedar sudah 31 hari di tahun 2010. Rasa baru semalam menyambut kedatangan 2010. Sedar atau tidak, cepat rasanya masa berlalu. Iklil Zaatariyah permata hati pertama aku dan suami sudah mula serasi dengan persekolahan barunya, PASTI ASSALAM. Kalau tahun lepas, aku dan suami terpaksa memberhentikannya daripada meneruskan kindergardennya kerana aku tak sanggup melihatnya murung hari ke hari. Setiap kali pulang dari sekolah ada saje hal yang dibuatnya. Hinggakan aku sendiri panas hati (apa yg dah berlaku di sekolah???).

Siapa yg nak aku upah untuk jadi spy? Jawapannya memang tak ada dan aku sendiri pun susah untuk buka mulut bertanyakan kepada barisan guru-gurunya... "Teacher, kenapa anak saya selalu begini dan begini dan begini bila pulang ke rumah???" Yang pasti aku tak mahu mendengar jawapan-jawapan bohong dari mereka.

Kini, hari-hari Iklil dah kembali ceria, setiap kali pulang sekolah dia akan ajarkan adiknya apa yg telah dipelajari sepanjang setengah hari dia di PASTI. Alhamdulillah....
Anakku yang kedua nanti, Abdullah Naseih juga akan aku hantarkan ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan