Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Sabtu, 12 Mac 2011

Jom Amalkan Kismis


Kismis ni sebagaimana yang semua di antara kita tahu,adalah makanan sunnah Nabi SAW. Banyaknya khasiat serta kelebihan yang terdapat dalam kismis ni. Tapi yang paling umum ketahui ialah, kismis ni boleh menajamkan ingatan khususnya untuk student.


Isu yang saya nak utarakan kali ini ialah... kenapa anak-anak tak gemar makan kismis?


Saya pernah supply kismis untuk anak murid saya, ermmm... ada yang makan, dan ada juga yang makan sebiji je, tak kurang juga yang makan tapi tak habis2 dalam mulut.




Pada fikiran saya, ada banyak faktor anak2 ni tak gemar kismis (itu tak cerita tentang buah kurma lagi). Antaranya, tiada amalan memakan kismis semasa ibunya mengandungkannya. Jadi, usah salahkan anak-anak jika mereka susah untuk amalkan kismis.
Seterusnya, tiada pengenalan awal untuk memakan kismis. Maksud saya, ajari anak merasa kismis seawalmakanan pertama mereka. Tak perlu letak garam sebagai perisa dalam bubur nasi mereka, sebaliknya letak lah kismis. Fitrahnya, anak-anak (baby) ni tak kisah pun kalau tak diletakkan garam dalam makanan, malah mereka tak tahu pun tentang perisa dalam makanan.
Jadi, fikir-fikirkanlah.... siapa lagi nak mengangkat sunnah Rasulullah SAW, jika bukan kita....


Menjadi Seorang Yang Positif


Susah, memang susah!
Tapi ada masa saya boleh lakukan, dan hasilnya sangat memberangsangkan.
Walaupun begitu, ada masa saya juga tak lepas dari mahu memberontak dan terpaksa juga bersikap NEGATIF. Ya Allah, moga dosa2ku diampunkan. Dengan suami, anak-anak, kawan-kawan...

Tapi saya tak suka untuk berkongsi yang negatif tu, sebab tak mendatangkan faedah langsung. Tips untuk bersikap positif.



1. Jika rasa nak marah/ tak puas hati:
a)Tarik nafas dalam2 (buat beberapa kali sehingga lega)
b)Fikirkan kebaikan yang pernah org tu buat untuk kita
c)Fikirkan jugak, tak ada faedah pun nak marah2, buat sakit kepala sendiri je.
d)Sibukkan diri
e)Berqasidah
f)Baca buku
g)Ajar anak2 Baca Iqra' (hehehehe...)
h)LARANGAN: Melampias kemarahan dalam Facebook dsbnya.(Bukan bleh
selesaikan masalah,sebaliknya akan mendatangkan lebih banyak masalah)

Itu sahaja untuk kali ini, Assalammualaikum.

Promotion To All The Followers....

Ini ade berita baik buat pengikut blog ni...
Saya dalam promosi untuk memasarkan minyak wangi secara online.
Justeru itu, dapatlah kiranya saudara/saudari/tuan/puan berikan
alamat untuk saya hantarkan sample minyak wangi terbaru kami
Namanya Habibi atau dalam Bahasa Malaysia "kekasihku"
Wanginya Masya Allah...setakat ni banyak kawan2 yang ambil.
Yang ambik 5 botol pun ada...

Keistimewaannya? Dah tentu tahan lama sehingga 8 jam.
Pastinya tak bercampur dengan air atau ape2 pun untuk lebih menguntungkan
peniaga. Kami ni mementingkan kualiti, sebab bila kita jaga kualiti,
buyer akan cari kita lagi.

Ok,selamat memberikan alamat ye... tapi untuk Follower je.
Assalammualaikum...

Ahad, 6 Mac 2011

Minyak Wangi Tanpa Alkohol Jenama AlRehab

Kesemuanya berharga RM 10.00 sebotol jika pembelian bawah dari 5 botol.
Dan harga BERTUKAR menjadi RM 6.00 sebotol untuk pembelian 5 botol dan ke atas.
Baunya tahan 8 jam dan lebih (kalau tak mandi (heheheh)




Jenama Silver ni, unisex (tapi lebih bagus lelaki yang pakai) sebab akan2 bau minyak rambut lelaki.



Shada ni pula sangat sinonim dengan kaum wanita yang aktif (baunya MasyaAllah...)
Wangiii...



Red Rose ni kalau inspirasi perfume barat tu, bolehla saya bagi kepada Kenzo. Sangat sesuai untuk wanita yang tegas begitu. Atau dengan kata lain yang peramah.



Khaliji ni pula kita bagilah untuk kaum Adam yang cool. Maksud saya yang profesional dalam tindak tanduk serta tingkah lakunya. Barat punya inspirasi ada bau Khaliji ni tapi saya dah lupa. DKNY atau CK camtu la.



Dalal pula Unisex. Silakan untuk lelaki dan wanita yang ceria. Bau buah-buahan.

Saya tak pandai berniaga. Minyak wangi ni semua adalah stok suami saya.
Beliau tidak berniaga online, tapi laris di kalangan rakan-rakan. Skg saya pula
cuba nasib secara online.

Jumaat, 18 Februari 2011

Tahun Baru Yang Terlewat

Tak sedar, tahun 2011 telah melewati 2 bulan. Blog ni tak pernah diupdate sepanjang memasuki tahun baru ini. Sibuk! itu dah tentu, anak-anak yang mula memasuki alam persekolan. Iklil di tahun 1, sementara Abdullah di prasekolah. Abdurrahman aku tinggalkan di rumah pengasuh sementelah orang gaji sudah pulang ke negaranya. Selamat tinggal orang gajian, ada hikmahnya tak punya org asing di rumah.

Abdurrahman seperti biasa, sikap ramah dan mudah mesranya buat aku senang meninggalkannya di rumah pengasuh. Abdullah pula yang pada mulanya aku agak akan mengamuk untuk ke sekolah ditemani ibu saudaranya lain pula yang berlaku... Katanya dia sangat seronok, dan setiap malam akan meminta barang-barang persekolahannya disediakan terlebih awal, termasuk kelengkapan untuk transit di nurseri. Alhamdulillah..kesedihan lalu memikirkan anak-anak dibalas Allah dengan kelapangan.

Terfikir, apa guna mengejar-ngejar pertolongan manusia, sedangkan Allah adalah sebaik-baik tempat memohon.

Rabu, 20 Oktober 2010

Redha Suami, Redha Allah jua...

(Dipetik daripada kiriman emel seorang sahabat yang dikenali)

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Ini alkisah tentang bunyi Hon Kenderaan

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Jeng, jeng, jeng......

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

"TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

Hehehehheheheheheh hihihihihihih.....

(Dipetik dari kiriman emel: CT Hawa, Mepro)