Kismis ni sebagaimana yang semua di antara kita tahu,adalah makanan sunnah Nabi SAW. Banyaknya khasiat serta kelebihan yang terdapat dalam kismis ni. Tapi yang paling umum ketahui ialah, kismis ni boleh menajamkan ingatan khususnya untuk student.
Isu yang saya nak utarakan kali ini ialah... kenapa anak-anak tak gemar makan kismis?
Saya pernah supply kismis untuk anak murid saya, ermmm... ada yang makan, dan ada juga yang makan sebiji je, tak kurang juga yang makan tapi tak habis2 dalam mulut.
Pada fikiran saya, ada banyak faktor anak2 ni tak gemar kismis (itu tak cerita tentang buah kurma lagi). Antaranya, tiada amalan memakan kismis semasa ibunya mengandungkannya. Jadi, usah salahkan anak-anak jika mereka susah untuk amalkan kismis.
Seterusnya, tiada pengenalan awal untuk memakan kismis. Maksud saya, ajari anak merasa kismis seawalmakanan pertama mereka. Tak perlu letak garam sebagai perisa dalam bubur nasi mereka, sebaliknya letak lah kismis. Fitrahnya, anak-anak (baby) ni tak kisah pun kalau tak diletakkan garam dalam makanan, malah mereka tak tahu pun tentang perisa dalam makanan.
Jadi, fikir-fikirkanlah.... siapa lagi nak mengangkat sunnah Rasulullah SAW, jika bukan kita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan