Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Ahad, 17 April 2011

Hari Dan Peristiwanya

Terfikirkah kita apabila berada dalam satu hari, dan terjadi satu peristiwa... adakah kita cuba kaitkan peristiwa-peristiwa tersebut dengan sejarah silam umat-umat terdahulu serta kisah-kisah kenabian? Jadi, renung-renungkanlah peristiwa pada hari-hari di bawah dan jadikan ia iktibar untuk melakukan sesuatu, juga panduan untuk memilih hari-hari yang sesuai untuk membuat sebarang urusan, kerana adanya Hari Ini adalah disebabkan Sejarah Masa Lalu.





Isnin-Peristiwa Besar Para Anbia'


1. Nabi Idris a.s naik ke langit


2. Nabi Musa a.s mengunjungi Bukit Tursina


3. Lahirnya junjungan mulia Rasulullah SAW


4. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW


5. Rasulullah SAW wafat


Justeru, perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, kerana banyak peristiwa besar dan istimewa telah berlaku pada hari Isnin memperlihatkan kita betapa istimewanya hari yang dipilih oleh Allah SWT tersebut.



Selasa-Hari Pembunuhan


1. Nabi Yahya a.s wafat dibunuh


2. Nabi Zakaria a.s wafat dibunuh


3. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan


4. Aishah, isteri Firaun mangkat dibunuh


5. Lembu kaum Bani Israel mati dibunuh


6. Habil dibunuh Qabil


Cuba tatkala menyemak akhbar-akhbar harian dan terpapar berita pembunuhan, semak hari pembunuhan tersebut berlaku. Boleh jadi berlaku pada hari selain Selasa (tidak dinafikan), tapi kebanyakkannya...


Rabu-Peristiwa kehancuran


1. Qarun hancur binasa


2. Firaun dan tenteranya ditenggelamkan


3. Raja Namrud ditewaskan nyamuk


4. Umat Nabi Hud a.s dimusnahkan Allah dengan angin taufan


Saya boleh kaitkan dengan bencana alam (mungkin), kebakaran besar-besaran hutan, kilang dan sebagainya.



Khamis-Hari Pertemuan


1. Saudara-saudara NabiYusuf a.s menemui baginda


2. Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf a.s di Mesir


3. Nabi Musa a.s memasuki Mesir


4. Nabi Yaakob a.s bertemu anaknya NabiYusuf a.s di Mesir


5. Nabi Muhammad saw memasuki Makkah


Jadi, rebutlah hari ini sebagai hari dan masa yang sesuai untuk menziarah saudara mara serta keluar bermusafir.



Jumaat - Hari Perkahwinan


1. Nabi Adam a.s berkahwin dengan Hawa


2. Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha


3. Nabi Musa a.s berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuaib a.s


Rebutlah peluang berkahwin pada hari Jumaat bagi yang belum mendirikan rumah tangga. Kebanyakan akad nikad pada hari Jumaat banyak di negeri2 pantai timur, semoga perkahwinan lebih diberkati. Amiin....



Sabtu - Hari Penipuan


1. Nabi Nuh a.s diperolok oleh kaumnya


2. Nabi Salleh a.s ditipu kaumnya


3. Nabi Yusuf a.s ditipu saudaranya


4. Nabi Isa a.s diperdaya kaum Yahudi


Oleh hal yang demikian, berhaati-hatilah menjalankan sebarang urusniaga pada hari Sabtu, dikhuatiri kita terlibat dengan siri-siri penipuan yang macam2 rupa bentuk. Terbuktikan, biasa hari Sabtu ramai yang outing, mesti terkena dengan peraduan gores dan menang, minta derma dan macam-macam lah. Fikirkan...



Ahad - Hari Penciptaan


Allah jadikan alam, bintang, api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.


Subhanallah... maka banyakkan zikir ke atas Allah SWT serta panjatkan syukur keatasNya kerana mengurniakan kita nikmat Iman yang tidak ternilai bandingan harganya dengan suatu apapun di muka bumi ini.











Ahad, 10 April 2011

RENUNGAN BERSAMA

"Dunia berjalan meninggalkan (manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput (manusia) dan masing2 mempunyai penggemar, kerana itu jadilah engkau penggemar akhirat dan jangan jadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini (hidup di dunia) adalah masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok (hari pembalasan) adalah masa pembalasan bukan beramal.

(Saidina Ali b. Abi Thalib KW)

Rabu, 30 Mac 2011

Pemandu Wanita Mengundang Bahaya di Jalan Raya???


Salam, ketemu kembali dalam slot blog hari ini.

Terpanggil untuk menulis tentang topik utama yang menjadi bualan di Radio IKIM pagi tadi. Deejay bertugas Siti Rohani dan Pian (Gud job, to both of u!)

Tak perlu lagi saya ulas kenapa topik ni tetiba menjadi topik pilihan di Radio IKIM sebab ia bukan isu pilihan untuk diselitkan dalam blog saya, biar mereka saja yang jelaskan . Dan saya, terpanggil hanya untuk membela kaum wanita yang dikatakan berbahaya di jalan raya.


Biasalah hidup di dunia ni, mesti ada pasangan. Pasangan bagi pro ialah kontra (betulkan?) Kalau kita sentiasa berfikiran negatif terhadap pemandu wanita, maka tenggelamlah perkara2 positif dan teladan yang pernah dilakukan oleh pemandu wanita.


Lelaki juga bukanlah dari spesis pemandu yang berhemah kesemua sekalinya. Mana yang bagus, tidaklah dinafikan. Tapi, ramai juga pemandu lelaki yang membahayakan di jalan raya. Buktinya, suami saya sendiri kerap marah2 bila di jalan raya bila ada kejadian pemanduan secara tak berhemah dilakukan oleh PEMANDU LELAKI sendiri, contohnya... memotong secara merbahaya (selekoh, double line dsb) mengekor di belakang dengan jarak dekat, tidak memberi laluan pada kenderaan lain, merokok sambil memandu (tangan keluar ikut tingkap), tunjuk isyarat lucah bila tak puas hati dihon (bahaya kerana boleh mengundang pergaduhan), dan banyak lagilah.. yang tak perlu disebutkan semua.


Adakah perkara2 di atas dilakukan oleh pemandu wanita? Kalau ada pun agaknya kes terpencil sangat. Jadi mari kita baca plak jenis2 kesilapan (bukan kesalahan ye)jalan raya yang biasa dilakukan oleh pemandu wanita kita di Malaysia. Antaranya, takut nak tukar lane (walaupun dah lama bagi signal) ni mesti kes gayat atau tak diberikan laluan oleh kenderaan lain (kesian kan?)


Seterusnya, skema sangat dengan traffic light (bila lampu oren, dah berhenti...) Pemandu kat belakang dah hon sebab masih ada masa utk pecut sebelum lampu merah keluar. Jadi bahayanya dimana? Bahaya pada pemandu di belakang yang dah tekan pedal minyak untuk langgar lampu isyarat (hehehehhe....)


Drive slow. Ayoyo.... kes yang ini pun memang ada. Dah memang dia takut nak drive laju, jadi apa masalahnya kalau dia drive slow? Potong je lah, alahai....


Ada lagi.... tapi cukuplah yang ini sahaja sebab perkara2 di atas adalah kesilapan yang biasa dilakukan. Saya juga pemandu... dan sehingga kini suami saya sangat mempercayai pemanduan saya, sehinggakan saya boleh menghabiskan pemanduan secara solo dari KL ke Kelantan (dengan suami jadi co-pilotnya), tidak laju dan tidak juga perlahan, cukup saya katakan saya masih menghormati undang2 dan sentiasa memikirkan yang tersayang.


Mereka yang jauh menanti kepulangan kita dengan tawa, bukan dengan air mata.

Like Father Like Son


Fenomena seperti ini hanya bleh dilihat bila kami anak beranak berangkat ke masjid untuk apa2 aktiviti kerohanian. Tapi untuk yang kali ini, kami telah ke Masjid Shah Alam.

Jumaat, 25 Mac 2011

AKTIVITI RIANG RIA BERSAMA ANAK-ANAK



website untuk image: freecoloringpages.homestead.com
Bahan:
1. Gambar arnab Saiz A4 (terpulang, A3 pun boleh..)
2. Kapas (wool) 1 gulung
3. Gam secukupnya
4. Gunting
5. Kad latar warna hitam (saiz A4 dan sebagainya)
Dah ready dengan bahan? So, apa sebenarnya yang perlu dibuat?
Jom kita hasilkan Kolaj Arnab daripada kapas.
1. Mula-mula, bentangkan gambar arnab tersebut pada anak dan bercerita (ikut kreativiti)
2. Kemudian, ambil secubit kapas (ikut kesukaan) dan tampalkan dengan gam pada mana-mana bahagian badan arnab (jelaskan pada anak, ia seakan-akan bulu arnab)
3. Asuh anak mencubit kapas sendiri dan menampalnya pada badan arnab.
4. Kalau boleh gam disapukan terlebih dahulu pada badan arnab
5. Bila habis, tunggu hasilnya kering dan potong gambar arnab tersebut untuk ditampal pula pada kad latar yang berwarna hitam (untuk serlahkan hasil kerja anak)
6. Letak dalam frame dan gantung!
(Jangan lupa dan lokek untuk beri kata-kata pujian)
Selamat mencuba.

Rabu, 23 Mac 2011

Keputusan Bersama

Dalam rumahtangga, tak lengkap rasanya kalau tidak bertelingkah dalam membuat atau mempertahankan sama ada pendapat, perasaan, serta keputusan masing-masing. Masakan tidak, kita masing-masing dah tentu merasakan apa yang difikirkan adalah yang benar-benar terbaik untuk kedua-dua pihak. Suami akan kata begini... dan isteri kata begitu.

Saya? Tipulah saya kalau saya katakan saya tak ada masalah dalam membuat keputusan. Contohnya... "Di mana perlu kita daftarkan anak untuk tahun 1, sekolah saya atau sekolah awak?" (Dah tentu ini ayat ini datangnya dari mulut ibu bapa yang berkerjaya sebagai guru, hadoii...cikgu pun pening nak daftarkan anak)

Suami kata, "Sekolah awak.."
Saya pula kata, "Sekolah dia lah abang..."
(Dah tentu suami ada alasan sendiri dan begitu juga saya)

Makin hari tarikh pendaftaran akan luput, keputusan tak ada lagi. Masing-masing berkeras tak mahu anak berada di sekolah tempat kami mengajar. Tak perlulah saya ceritakan kenapa. Alih-alih... saya yang terpaksa mengalah, mungkin juga kerana hujah suami sangat bernas hingga hujah serta alasan saya dapat dipatah-patahkannya. Atau juga, suami memang tak nak jaga anaknya di sekolah (hehehhehe...) Ampun.

Tapi, saya letakkan pula syarat jika saya bersetuju (win-win situation la ni) saya akan tgk prestasi anak saya untuk tempoh 1 tahun. Jika, saya tak berpuas hati dengan keadaannya di sekolah (she need to transfer to your school).

Kata suami, "OK!" (Kalau OK tu maksudnya apa? Bagi saya, dia setuju)

Setahun masih belum berlalu, baru sahaja 3 bulan. Tapi nampaknya, anak perempuan kami macam OK je. Kalau OK tu maksudnya apa?

Maksudnya.... KEPUTUSAN AWAL MENYEBELAHI SUAMI.

Isnin, 21 Mac 2011

Perkara Yang Menjadikan Kita Zalim

Menurut Sufyan as-Sauri (Ulama')
Sumber ilmu dpd penceramah jemputan di Masjid Bukhari, KL
Tarikh: 24 Oktober 2010

Perkara dalam kezaliman:

1. Seseorang berdoa tapi tidak mendoakan orang lain.
2. Tahu membaca Al-Quran, tapi tidak membacanya.
3. Seseorang masuk masjid, tapi tidak solat sunat 2 rakaat Tahiyatul Masjid dan berniat iktikaf.
4. Seseorang yang melalui perkuburan, tapi tidak mendoakan penghuninya.
5. Seseorang yang melalui sebuah kota pada hari Jumaat, tapi tidak solat Jumaat (Kalau bermusafir, musafirlah sebelum subuh)
6. Apabila daerah kita didatangi orang alim, tapi kita tidak memanfaatkannya.
7. Apabila dua orang yang saling mengenali bertemu di jalanan, tapi tidak bertegur sapa
8. Orang muda yang tidak menuntut ilmu
9. Seseorang yang tidur dalam kekenyangan, sedang jirannya dalam keadaan kelaparan.

Jika diikutkan ada 10 perkara, tetapi saya sempat catatkan 9 sahaja.
Ampun dan maaf...