Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Isnin, 22 Ogos 2011

Shopping @ Jusco, Mid Valley

Semalam saya anak beranak pergi shopping ditemani F****h (Tak perlu lah publish nama minah senget tu (Dia tak ada kena mengena sama ini blog, huh!) Mama, Iklil, Dul, Maman ngan Muhammad. Babah tak dapat ikut coz dia sangat struggle dengan penandaan kertas2 exam. Tapi pesanan babah, MasyaAllah serupa macam dia pun ada ikut sama.

Pesen saya bershopping juz buy what i want to buy (so, pegi Jusco beli baju anak2 dan balik) senang kan? Mujur Muhammad tak meragam, good boy. Tengok anak-anak bershopping rasa sangat seronok, sebab saya dapat lihat potensi anak-anak memilih. Dul paling pandai memilih dan sangat cerewet, tapi pilihan baju kasut dan seluarnya sangat cantik. Babah pun puji pilihan Dul.

Iklil pun ok dalam membuat pilihan tapi beliannya banyak dipengaruhi oleh saya. Iklil ni sangat cenderung dengan warna pink. Berkebetulan pula baju kurung yang saya nak pakai raya ni rona pink. Sedondon lah kami ibu dan anak. Kasut yang dipilihnya juga sangat sesuai dengan baju yang dipilih.

Maman pula Subhanallah, Walhamdulillah.... Susahnya nak carikan baju seluar dan kasut. Semua saya yang pilihkan.
"Maman yang ni ye... "
"Tak nak, Nak kotak!!" Hadoiii, rasa *&+%^$%^#@!
He juz screaming around tak peduli org lain tengok dia (Eiii,anak sape lah ni)
Dah sampai di rumah pun masih lagi tak nak mencuba baju yang dibeli.

Muhammad dah ade baju, dan tak perlu beli lagi, kan baby?? Dia juz duduk dlm stroller diam2, good baby. walaupun geram je tengok baju2 baby yang cantek2.

Selesai buat bayaran,kitorang turun ke Carrefour sebab Dul sudah lapar. Pilihan Dul sudah pasti lah Nasi Goreng dan Man pilih Bihun Goreng. Selesai, dan kami pun pulang. Hmmm, tak sampai 2 jam pun kami keluar, ianya sangat mengagumkan. Thanks to F****H again (huhuhu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan