Ahlan Wasahlan...
Ahad, 13 Mei 2012
4 GOLONGAN LELAKI YG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA
1. Ayahnya
Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.
2. Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.
Jika suami mendiam istri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalatnya yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.
Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.
3. Saudara Lelakinya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.
Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.
Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.
* * *
Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surat At Tahrim : 6)
* * *
Sebarkan informasi ini kepada semua teman dan kerabat Anda.
-Kredit buat sahabat FB ku Asrul Agin-
Ahad, 8 Januari 2012
6 Bulan Penyusuan Eksklusif
Macam-macam cara yang saya untuk menambah air susu. Malah bukan setakat menambah kuantitinya sahaja sebaliknya dari segi kualiti. Setakat ke hari ini saya tiada langsung stok untuk kegunaan jangka masa panjang, sebaliknya yang ada cumalah untuk jangka masa semasa sahaja. Sementelah saya bertugas sebagai seorang guru, kebarangkalian untuk bertugas di luar adalah sedikit.
Saya sehingga kini masih mengambil ubat tambah darah (pil berwarna coklat) yang kerap dibekalkan oleh klinik semasa pemeriksaan antenatal dahulu. Saya memakannya pada waktu pagi sebelum memakan makanan lain bersama-sama vit c dan b kompleks. Pada pukul 8 pagi pula saya akan minum horlicks dan makan nasi di sekolah pada pukul 9.30 pagi. Saya makan awal kerana waktu rehat saya di sekolah tertakluk pada masa tersebut.
Ada ketikanya saya akan mengambil pati ikan haruan pada awal pagi dan saya hanya akan memakan satu set vitamin pada waktu malam sebelum tidur. Dan adakalanya juga suami saya akan mengukus keledek untuk saya, tetapi ini juga jarang-jarang dilakukan, tertakluk pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan. Hasilnya, air susu memang banyak. Adakalanya juga saya akan mengambil satu sudu makan madu (Manuka Honey UMF10) pada awal pagi bersama air suam. Alhamdulillah...
Baru-baru ini, saya ada terbaca artikel tentang breastmilk booster iaitu Habbatus Sawda (HS),dan ia juga diperakui oleh suami saya. Kebetulan di rumah kami masih ada lagi saki baki Habbatus Sawda yang tidak dihabiskan suami sebagai snek. Jika diikutkan suami akan mengunyah sedikit HS untuk faedah2 kesihatan. Lalu dihasilkannya ramuan Breastmilk Booster untuk saya dengan mencampurkan serbuk HS bersama-sama Susu tepung (susu kambing), hasilnya juga sangat memberangsangkan.
Tapi saya sehingga kini masih tak jumpa ramuan untuk menambah berat badan. Walaupun makan daging hari-hari (atau dengan bahasa lain makan seperti memelihara hantu raya), berat badan saya semakin menyusut, sehingga kini berat badan saya adalah 45kg berbanding 54kg sewaktu selepas melahirkan. Saya dah kurus kering... tapi enggan mengungkit kerana sudah adat menyusukan anak.
Isnin, 22 Ogos 2011
Shopping @ Jusco, Mid Valley
Pesen saya bershopping juz buy what i want to buy (so, pegi Jusco beli baju anak2 dan balik) senang kan? Mujur Muhammad tak meragam, good boy. Tengok anak-anak bershopping rasa sangat seronok, sebab saya dapat lihat potensi anak-anak memilih. Dul paling pandai memilih dan sangat cerewet, tapi pilihan baju kasut dan seluarnya sangat cantik. Babah pun puji pilihan Dul.
Iklil pun ok dalam membuat pilihan tapi beliannya banyak dipengaruhi oleh saya. Iklil ni sangat cenderung dengan warna pink. Berkebetulan pula baju kurung yang saya nak pakai raya ni rona pink. Sedondon lah kami ibu dan anak. Kasut yang dipilihnya juga sangat sesuai dengan baju yang dipilih.
Maman pula Subhanallah, Walhamdulillah.... Susahnya nak carikan baju seluar dan kasut. Semua saya yang pilihkan.
"Maman yang ni ye... "
"Tak nak, Nak kotak!!" Hadoiii, rasa *&+%^$%^#@!
He juz screaming around tak peduli org lain tengok dia (Eiii,anak sape lah ni)
Dah sampai di rumah pun masih lagi tak nak mencuba baju yang dibeli.
Muhammad dah ade baju, dan tak perlu beli lagi, kan baby?? Dia juz duduk dlm stroller diam2, good baby. walaupun geram je tengok baju2 baby yang cantek2.
Selesai buat bayaran,kitorang turun ke Carrefour sebab Dul sudah lapar. Pilihan Dul sudah pasti lah Nasi Goreng dan Man pilih Bihun Goreng. Selesai, dan kami pun pulang. Hmmm, tak sampai 2 jam pun kami keluar, ianya sangat mengagumkan. Thanks to F****H again (huhuhu).
Ahad, 21 Ogos 2011
Story-Mory Bufday Party
Sabtu, 20 Ogos 2011
Happy Birthday To Babah
Jatuhnya tahun ini pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak juga bersamaan 20 Ramadhan. Kalau mengikut bulan Islam pula jatuhnya pada 5 Ramadhan, dan sudahpun berlalu. Babah, u are now 34.

Selari dengan usia yang bukan lagi kanak-kanak, kematangan tu terserlah, jauh lebih baik daripada dulu. So, wishing you all the best in the year to come. May your days be filled with sunshine and beautiful colors and may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.
Hepi Bufday...
Selasa, 16 Ogos 2011
Tips Berpuasa Tapi BFOD (Breast Feed On Demand)
Letih, dehidrasi, nak pitam... macam2 ada kalau anak kecil BFOD. Tapi demi nak memberikan yang terbaik untuk si kecil, si ibu sanggup lakukan apa sahaja. Sedikit pengetahuan saya perolehi daripada pembacaan dan sumber internet tentang permasalahan berpuasa tapi menyusukan, dan ada juga tips melalui pengalaman diri sendiri, check it out...
Sabtu, 13 Ogos 2011
Hipoglikemia
24 Jun 2011, saya selamat melahirkan Muhammad Al-Ameen seberat 4.1kg secara normal di Hosp. Raub pada waktu Dhuha. Sakit agak lama berbanding melahirkan 3 yang lain, dengan bukaan tak berganjak 5cm untuk beberapa jam. Walau bagaimanapun syukur, kerana staffnurse yang bertugas sangat profesional dengan tugasnya. Selamat melahirkan, baby dikhabarkan mengalami masalah kurang gula dalam darah dan digelar hipo. Jururawat menasihatkan supaya segera menyusukan sebaik semua urusan melahirkan selesai dan memang itu yang saya lakukan setiap kali tiba di katil pemindahan dari labour room.
Sejam kemudian, bacaan gula dalam darah diambil lagi di tumit baby. Bacaan yang semakin rendah membuatkan hati sedikit gusar dan nurse mula memberitahu akibat dan masalah jika situasi seperti ini berterusan. Paling saya takut apabila akan melibatkan masalah pada otak atau fungsi organ yang lain. Saya relakan baby di 'topup' dengan susu formula jika itu dapat menyelesaikan masalahnya, dan syukur kerana bacaan gulanya sedikit meningkat. Tapi ia tidak bertahan lama........
Bacaan yang turun naik, turun naik menyebabkan kami anak beranak tidak dibenarkan discaj sebaliknya dipindahkan ke wad kanak-kanak pada hari ke 2. Hati semakin gusar bila situasi masih lagi sama. Geram kerana breastmilk tidak cukup untuk membantu baby... Ya Allah. Dan geram bila doktor tidak membenarkan susu formula diberikan padahal penggunaan susu tersebut dilihat dapat meningkatkan kadar bacaan gula sementara menunggu breastmilk saya membengkak. Sehinggalah mereka membuat keputusan agar kami anak beranak dihantar ke Hosp Temerloh kerana di sana ada doktor pakar yang boleh mendiagnos masalah sebenar, paling saya dan suami gerun apabila mereka membuat andaian baby ada jangkitan kuman yang menyebabkan bacaan gulanya turun naik dan tidak stabil. Oh Tuhan, tabahkan hati kami, dia masih terlalu kecil untuk ujian begini. There's no word to say, nobody know inside me, deep inside me...
Tiba di HOSHAS, Temerloh (26 Jun 2011)Baby ditempatkan di NICU, menangis dalam hati bila baby menangis sekuat2 hati tatkala pelbagai ujian dijalankan keatasnya, tapi saya sabarkan diri untuk kesembuhan baby juga dan paras gula semakin rendah sewaktu bacaan kali akhir diambil. Setelah disusukan,baby ditempatkan di cot khas dan lampu turut dipasang kerana baby turut jaundis ketika itu. Dan saya... Saya tanpa sesiapa, babah telahpun pulang dan saya tahu dia berat untuk lakukan itu.. pulang dan berjauhan dari kami berdua. Hanya handphone yang tinggal untuk menghubungkan berita. Baby tidur... mungkin penat meraung bercampur dengan sikap ketika jaundis juga yang kerap tidur atau juga dia sedang hipo...
Melawan kepayahan berpantang, setiap masa saya disisinya. Menyusukannya sekerap mungkin sepanjang malam.... bertarung dengan kesakitan akibat bengkak susu. Baby you need to help mama. Dengan badan yang gagah, baby menyusu dengan keperluan badannya, sedikit lega dan proses tersebut berlaku setiap satu jam.
Dan kira-kira pukul 6 pagi keesokannya saya dapati glukos yang masuk menerusi jarum di tangan baby telah ditanggalkan, dan lawatan doktor pakar pagi itu memutuskan agar baby tidak perlu lagi berada di bawah lampu, jaundisnya telah turun. Syukur.... Gud news yang akan mama khabarkan pada babah dik.
Hari kedua di HOSHAS, saya sudah mula boleh berbual2 dengan patient yang lain berbanding hari sebelumnya.Bila ramai kenalan, termuhasabah diri dengan masalah sendiri. Masalah saya cukup ringan sebenarnya berbanding ibu2 yang lain. Pramatang, masalah pernafasan, jaundis yg teruk... jangkitan pada pusat dan mata.
Seperti ada berita gembira pada hari ketiga mengikut andaian saya dan itulah yang terjadi... baby dibenarkan discaj kerana paras gula telah stabil. Berkat doa semua termasuk para habaib, babah adik dan semua yang tahu tentang berita adik di NICU, adik telah sembuh dengan nasihat,sekiranya adik kelihatan lemah dan kurang menyusu, segera bawa ke hospital.
Kini, setelah sebulan lebih peristiwa tersebut,adik membesar bagai johan... dengan berat sebanyak 6.2kg pada usia sebulan, adik dah sihat sepenuhnya. Muhammad, you make my night shorter, love stronger, past forgotten. Luv u..