Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Selasa, 16 Ogos 2011

Tips Berpuasa Tapi BFOD (Breast Feed On Demand)

Letih, dehidrasi, nak pitam... macam2 ada kalau anak kecil BFOD. Tapi demi nak memberikan yang terbaik untuk si kecil, si ibu sanggup lakukan apa sahaja. Sedikit pengetahuan saya perolehi daripada pembacaan dan sumber internet tentang permasalahan berpuasa tapi menyusukan, dan ada juga tips melalui pengalaman diri sendiri, check it out...



1. Minum banyak air putih semasa bersahur dan berbuka.


2. Makanan yang diambil perlu lengkap zat vitamin, protein, karbohidrat dsbnya.


3. Jangan lupa minum segelas susu pada waktu sahur dan sebelum tidur pada waktu malam.


4. Elok juga jika ambil apa2 supplement seperti spirulina, minyak ikan dan apa2 yg disarankan baik untuk penyusuan.


5. Makan buah kurma (kalau boleh sampai nak termuntah) That's what my husband said almost everyday. Sebut tentang makan kurma, bagi yang tidak menggemari buah kurma, apa kata tukar daripada memakan secara mentah dengan memakannya secara bergoreng. Goreng dengan tepung macam kita buat goreng pisang. MasyaAllah, rasanya lebih sedap dari cempedak goreng. Cubalah (Iklan jap...hehehe).


6. Makan daging setiap hari (bagi ibu yg bertubuh kurus), yg berbadan besar plak inilah masanya nak menguruskan badan (tapi jgn alihkan niat berpuasa untuk mencari keredhaanNya). Daging pula biarlah daging kambing seeloknya.


7. Selepas solat terawih, makanlah lagi... (bagi saya yang suka kepada makanan, makan adalah tidak menjadi hal)


8. Penting sekali adalah niat menyusukan... Lillahi Taala.


*** Ini mungkin tips yang sesuai untuk memperbanyakkan air susu, saya masih lagi kurang arif untuk tempoh yang sesuai untuk memerah. But i will go for it.


Till then, bye and Walllahu A'lam.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Hipoglikemia




The title sounds like phewww.... bunyi macam mengeluh, kerana tiba-tiba bercakap tentang dunia perubatan. Jika tidak mengalami sendiri, masakan kita nak ambil tahu perkara-perkara yang asing dengan dunia kita. Correct me if i'm wrong, but this is the very2 reality that we shud remember. Betul lah kan... ada tak kita nak ambil tahu tentang penyakit2 lain, jika bukan kita atau family members yang mengidapnya. SAME TO ME...



24 Jun 2011, saya selamat melahirkan Muhammad Al-Ameen seberat 4.1kg secara normal di Hosp. Raub pada waktu Dhuha. Sakit agak lama berbanding melahirkan 3 yang lain, dengan bukaan tak berganjak 5cm untuk beberapa jam. Walau bagaimanapun syukur, kerana staffnurse yang bertugas sangat profesional dengan tugasnya. Selamat melahirkan, baby dikhabarkan mengalami masalah kurang gula dalam darah dan digelar hipo. Jururawat menasihatkan supaya segera menyusukan sebaik semua urusan melahirkan selesai dan memang itu yang saya lakukan setiap kali tiba di katil pemindahan dari labour room.



Sejam kemudian, bacaan gula dalam darah diambil lagi di tumit baby. Bacaan yang semakin rendah membuatkan hati sedikit gusar dan nurse mula memberitahu akibat dan masalah jika situasi seperti ini berterusan. Paling saya takut apabila akan melibatkan masalah pada otak atau fungsi organ yang lain. Saya relakan baby di 'topup' dengan susu formula jika itu dapat menyelesaikan masalahnya, dan syukur kerana bacaan gulanya sedikit meningkat. Tapi ia tidak bertahan lama........


Bacaan yang turun naik, turun naik menyebabkan kami anak beranak tidak dibenarkan discaj sebaliknya dipindahkan ke wad kanak-kanak pada hari ke 2. Hati semakin gusar bila situasi masih lagi sama. Geram kerana breastmilk tidak cukup untuk membantu baby... Ya Allah. Dan geram bila doktor tidak membenarkan susu formula diberikan padahal penggunaan susu tersebut dilihat dapat meningkatkan kadar bacaan gula sementara menunggu breastmilk saya membengkak. Sehinggalah mereka membuat keputusan agar kami anak beranak dihantar ke Hosp Temerloh kerana di sana ada doktor pakar yang boleh mendiagnos masalah sebenar, paling saya dan suami gerun apabila mereka membuat andaian baby ada jangkitan kuman yang menyebabkan bacaan gulanya turun naik dan tidak stabil. Oh Tuhan, tabahkan hati kami, dia masih terlalu kecil untuk ujian begini. There's no word to say, nobody know inside me, deep inside me...

Tiba di HOSHAS, Temerloh (26 Jun 2011)

Baby ditempatkan di NICU, menangis dalam hati bila baby menangis sekuat2 hati tatkala pelbagai ujian dijalankan keatasnya, tapi saya sabarkan diri untuk kesembuhan baby juga dan paras gula semakin rendah sewaktu bacaan kali akhir diambil. Setelah disusukan,baby ditempatkan di cot khas dan lampu turut dipasang kerana baby turut jaundis ketika itu. Dan saya... Saya tanpa sesiapa, babah telahpun pulang dan saya tahu dia berat untuk lakukan itu.. pulang dan berjauhan dari kami berdua. Hanya handphone yang tinggal untuk menghubungkan berita. Baby tidur... mungkin penat meraung bercampur dengan sikap ketika jaundis juga yang kerap tidur atau juga dia sedang hipo...

Melawan kepayahan berpantang, setiap masa saya disisinya. Menyusukannya sekerap mungkin sepanjang malam.... bertarung dengan kesakitan akibat bengkak susu. Baby you need to help mama. Dengan badan yang gagah, baby menyusu dengan keperluan badannya, sedikit lega dan proses tersebut berlaku setiap satu jam.

Dan kira-kira pukul 6 pagi keesokannya saya dapati glukos yang masuk menerusi jarum di tangan baby telah ditanggalkan, dan lawatan doktor pakar pagi itu memutuskan agar baby tidak perlu lagi berada di bawah lampu, jaundisnya telah turun. Syukur.... Gud news yang akan mama khabarkan pada babah dik.

Hari kedua di HOSHAS, saya sudah mula boleh berbual2 dengan patient yang lain berbanding hari sebelumnya.Bila ramai kenalan, termuhasabah diri dengan masalah sendiri. Masalah saya cukup ringan sebenarnya berbanding ibu2 yang lain. Pramatang, masalah pernafasan, jaundis yg teruk... jangkitan pada pusat dan mata.

Saya dimaklumkan pada hari pertama di HOSHAS, baby akan dimasukkan antibiotik, sekiranya antibiotik tidak sesuai atau dengan kata lain bacaan paras gula masih turun naik, para doktor akan mengandaikan ada jangkitan kuman telah berlaku. Dan pada hari ke3, saya seperti biasa adalah muka yang sangat familiar di NICU kerana lewat sejam sekali sy akan bertenggek di cot dan menyusukan baby sambil menunggu kedatangan doktor pakar.



Seperti ada berita gembira pada hari ketiga mengikut andaian saya dan itulah yang terjadi... baby dibenarkan discaj kerana paras gula telah stabil. Berkat doa semua termasuk para habaib, babah adik dan semua yang tahu tentang berita adik di NICU, adik telah sembuh dengan nasihat,sekiranya adik kelihatan lemah dan kurang menyusu, segera bawa ke hospital.


Kini, setelah sebulan lebih peristiwa tersebut,adik membesar bagai johan... dengan berat sebanyak 6.2kg pada usia sebulan, adik dah sihat sepenuhnya. Muhammad, you make my night shorter, love stronger, past forgotten. Luv u..
















Sabtu, 30 April 2011

Dengarlah wahai kaum lelaki khususnya kepada suami...

Dengarlah wahai kaum lelaki khususnya kepada suami...


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Berwasiatlah kamu semua (lelaki) kepada kaum wanita dengan yang baik-baik (lemah lembut), sebab sesungguhnya wanita itu dibuat dari tulang rusuk dan sesungguhnya selengkung-lengkungnya tulang rusuk ialah bahagian yang teratas sekali. Maka jikalau engkau cuba untuk meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jikalau engkau biarkannya saja, maka ia akan tetap lengkung selama-lamanya. Oleh sebab itu, maka berwasiatlah yang baik-baik kepada kaum wanita itu” (Muttafaq’alaih)


Dlm riwayat Muslim disebutkan:


Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya wanita it dibuat dari tulang rusuk yang tidak akan melurus pada suatu jalan selama-lamanya untukmu. Maka jikalau engkau bersenang-senang dengannya, dapat pula engkau bersenang-senang dengannya, tetapi di dalam wanita itu ada kelengkungannya dan jikalau engkau luruskan ia, maka engkau akan mematahkannya dan patahnya itu ialah menceraikannya.


Habib Ali Zeinal Abidin al-Hamid membahaskan…


Maksud dari hadis berkenaan bukanlah bermaksud Islam menjatuhkan kedudukan wanita, tetapi menyatakan bahawa Allah telah menetapkan apa yang ada pada lelaki itu tiada pada wanita dan apa yang ada pada wanita itu tiada pada lelaki. Sesungguhnya maksud dari “lengkung” pada wanita itu adalah wanita itu lebih mudah cenderung pada emosinya dan sifat ini adalah tetap menjadi sifat bagi wanita.


Oleh demikian, kaum lelaki terutamanya suami, ketika kamu menghadapi masalah dalam keluargamu, isterimu tetap akan dengan sifat emosinya oleh kerana itu adalah lumrah ciptaannya. Maka hendaklah kamu yang memulakan dahulu berlemah lembut terhadap mereka (isteri). Jika kamu tetap dengan ketegasan kamu yakni ingin meluruskannya ikut kehendak kamu, kamu akan mematahkannya (penceraian).


Dalam firman Allah s.w.t. “Jika kamu (lelaki) tidak menyukai isteri kamu dan kamu bersabar, itu adalah lebih baik untuk kamu”


Penceraian itu bukanlah jalan pertama kamu menyelesaikan masalahmu dengan isterimu. Carilah penyelesaian dengan berlemah-lembut terlebih dahulu dan jika tetap tiada penyelesaiannya, mungkin penceraian itu jalan terakhir yang terbaik untukmu.


Sesungguhnya perkara yang halal yang paling dibenci Allah adalah penceraian.


** afwan jika terdapat ayat-ayat yg salah di atas. Mohon antum betulkan al-faqir.


Dari Majlis Ta’alim Darul Murtadza


Pimpinan al-Habib Ali Zeinal Abidin a-Hamid,


AU3, Keramat (29 April 2011)


http://darulmurtadza.blogspot.com/

Khamis, 28 April 2011

Kata-Kata Hikmah Daripada Ulama Warisan Rasulullah

"Jadilah kamu anak yang bijak pada masamu.
Jika kamu melihat mereka seperti serigala,
maka janganlah kamu seperti kambing yang jadi santapan mereka.
Dan jika kamu melihat mereka seperti kambing,
maka janganlah kamu seperti serigala yang menghantui mereka.
(Habib Abdurrahman As-Segaf)

Ahad, 17 April 2011

Hari Dan Peristiwanya

Terfikirkah kita apabila berada dalam satu hari, dan terjadi satu peristiwa... adakah kita cuba kaitkan peristiwa-peristiwa tersebut dengan sejarah silam umat-umat terdahulu serta kisah-kisah kenabian? Jadi, renung-renungkanlah peristiwa pada hari-hari di bawah dan jadikan ia iktibar untuk melakukan sesuatu, juga panduan untuk memilih hari-hari yang sesuai untuk membuat sebarang urusan, kerana adanya Hari Ini adalah disebabkan Sejarah Masa Lalu.





Isnin-Peristiwa Besar Para Anbia'


1. Nabi Idris a.s naik ke langit


2. Nabi Musa a.s mengunjungi Bukit Tursina


3. Lahirnya junjungan mulia Rasulullah SAW


4. Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW


5. Rasulullah SAW wafat


Justeru, perbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW, kerana banyak peristiwa besar dan istimewa telah berlaku pada hari Isnin memperlihatkan kita betapa istimewanya hari yang dipilih oleh Allah SWT tersebut.



Selasa-Hari Pembunuhan


1. Nabi Yahya a.s wafat dibunuh


2. Nabi Zakaria a.s wafat dibunuh


3. Tukang-tukang sihir Firaun ditewaskan


4. Aishah, isteri Firaun mangkat dibunuh


5. Lembu kaum Bani Israel mati dibunuh


6. Habil dibunuh Qabil


Cuba tatkala menyemak akhbar-akhbar harian dan terpapar berita pembunuhan, semak hari pembunuhan tersebut berlaku. Boleh jadi berlaku pada hari selain Selasa (tidak dinafikan), tapi kebanyakkannya...


Rabu-Peristiwa kehancuran


1. Qarun hancur binasa


2. Firaun dan tenteranya ditenggelamkan


3. Raja Namrud ditewaskan nyamuk


4. Umat Nabi Hud a.s dimusnahkan Allah dengan angin taufan


Saya boleh kaitkan dengan bencana alam (mungkin), kebakaran besar-besaran hutan, kilang dan sebagainya.



Khamis-Hari Pertemuan


1. Saudara-saudara NabiYusuf a.s menemui baginda


2. Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf a.s di Mesir


3. Nabi Musa a.s memasuki Mesir


4. Nabi Yaakob a.s bertemu anaknya NabiYusuf a.s di Mesir


5. Nabi Muhammad saw memasuki Makkah


Jadi, rebutlah hari ini sebagai hari dan masa yang sesuai untuk menziarah saudara mara serta keluar bermusafir.



Jumaat - Hari Perkahwinan


1. Nabi Adam a.s berkahwin dengan Hawa


2. Nabi Yusuf a.s berkahwin dengan Zulaikha


3. Nabi Musa a.s berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuaib a.s


Rebutlah peluang berkahwin pada hari Jumaat bagi yang belum mendirikan rumah tangga. Kebanyakan akad nikad pada hari Jumaat banyak di negeri2 pantai timur, semoga perkahwinan lebih diberkati. Amiin....



Sabtu - Hari Penipuan


1. Nabi Nuh a.s diperolok oleh kaumnya


2. Nabi Salleh a.s ditipu kaumnya


3. Nabi Yusuf a.s ditipu saudaranya


4. Nabi Isa a.s diperdaya kaum Yahudi


Oleh hal yang demikian, berhaati-hatilah menjalankan sebarang urusniaga pada hari Sabtu, dikhuatiri kita terlibat dengan siri-siri penipuan yang macam2 rupa bentuk. Terbuktikan, biasa hari Sabtu ramai yang outing, mesti terkena dengan peraduan gores dan menang, minta derma dan macam-macam lah. Fikirkan...



Ahad - Hari Penciptaan


Allah jadikan alam, bintang, api neraka, bumi yang tujuh, lautan yang tujuh, anggota manusia yang tujuh dan hari yang tujuh.


Subhanallah... maka banyakkan zikir ke atas Allah SWT serta panjatkan syukur keatasNya kerana mengurniakan kita nikmat Iman yang tidak ternilai bandingan harganya dengan suatu apapun di muka bumi ini.











Ahad, 10 April 2011

RENUNGAN BERSAMA

"Dunia berjalan meninggalkan (manusia) sedangkan akhirat berjalan menjemput (manusia) dan masing2 mempunyai penggemar, kerana itu jadilah engkau penggemar akhirat dan jangan jadi penggemar dunia. Sesungguhnya masa ini (hidup di dunia) adalah masa beramal bukan masa pembalasan, sedangkan esok (hari pembalasan) adalah masa pembalasan bukan beramal.

(Saidina Ali b. Abi Thalib KW)

Rabu, 30 Mac 2011

Pemandu Wanita Mengundang Bahaya di Jalan Raya???


Salam, ketemu kembali dalam slot blog hari ini.

Terpanggil untuk menulis tentang topik utama yang menjadi bualan di Radio IKIM pagi tadi. Deejay bertugas Siti Rohani dan Pian (Gud job, to both of u!)

Tak perlu lagi saya ulas kenapa topik ni tetiba menjadi topik pilihan di Radio IKIM sebab ia bukan isu pilihan untuk diselitkan dalam blog saya, biar mereka saja yang jelaskan . Dan saya, terpanggil hanya untuk membela kaum wanita yang dikatakan berbahaya di jalan raya.


Biasalah hidup di dunia ni, mesti ada pasangan. Pasangan bagi pro ialah kontra (betulkan?) Kalau kita sentiasa berfikiran negatif terhadap pemandu wanita, maka tenggelamlah perkara2 positif dan teladan yang pernah dilakukan oleh pemandu wanita.


Lelaki juga bukanlah dari spesis pemandu yang berhemah kesemua sekalinya. Mana yang bagus, tidaklah dinafikan. Tapi, ramai juga pemandu lelaki yang membahayakan di jalan raya. Buktinya, suami saya sendiri kerap marah2 bila di jalan raya bila ada kejadian pemanduan secara tak berhemah dilakukan oleh PEMANDU LELAKI sendiri, contohnya... memotong secara merbahaya (selekoh, double line dsb) mengekor di belakang dengan jarak dekat, tidak memberi laluan pada kenderaan lain, merokok sambil memandu (tangan keluar ikut tingkap), tunjuk isyarat lucah bila tak puas hati dihon (bahaya kerana boleh mengundang pergaduhan), dan banyak lagilah.. yang tak perlu disebutkan semua.


Adakah perkara2 di atas dilakukan oleh pemandu wanita? Kalau ada pun agaknya kes terpencil sangat. Jadi mari kita baca plak jenis2 kesilapan (bukan kesalahan ye)jalan raya yang biasa dilakukan oleh pemandu wanita kita di Malaysia. Antaranya, takut nak tukar lane (walaupun dah lama bagi signal) ni mesti kes gayat atau tak diberikan laluan oleh kenderaan lain (kesian kan?)


Seterusnya, skema sangat dengan traffic light (bila lampu oren, dah berhenti...) Pemandu kat belakang dah hon sebab masih ada masa utk pecut sebelum lampu merah keluar. Jadi bahayanya dimana? Bahaya pada pemandu di belakang yang dah tekan pedal minyak untuk langgar lampu isyarat (hehehehhe....)


Drive slow. Ayoyo.... kes yang ini pun memang ada. Dah memang dia takut nak drive laju, jadi apa masalahnya kalau dia drive slow? Potong je lah, alahai....


Ada lagi.... tapi cukuplah yang ini sahaja sebab perkara2 di atas adalah kesilapan yang biasa dilakukan. Saya juga pemandu... dan sehingga kini suami saya sangat mempercayai pemanduan saya, sehinggakan saya boleh menghabiskan pemanduan secara solo dari KL ke Kelantan (dengan suami jadi co-pilotnya), tidak laju dan tidak juga perlahan, cukup saya katakan saya masih menghormati undang2 dan sentiasa memikirkan yang tersayang.


Mereka yang jauh menanti kepulangan kita dengan tawa, bukan dengan air mata.