Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Jumaat, 18 Mac 2011

Adab Makan Rasulullah SAW


Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang mengikut sunnahku, beerti dia cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku."


Jadi, jom kita tiru cara Nabi SAW semasa baginda makan. Kalaupun tidak banyak yang kita mampu tiru, cukuplah kita mengambilnya sedikit-sedikit dahulu untuk keberkatan.


1. Membaca Bismillah.
Antara hikmahnya ialah supaya kita mengingati rezeki itu dari Allah SWT.
2. Cuci Tangan.
Sebelum dan sesudah makan ye...
3. Duduk Tegak, Tidak Bersandar
Makan sambil bersandar membahayakan kesihatan kerana menganggu pencernaan usus.
4. Makan Menggunakan Tangan
Guna tangan kanan. Lagipun kajian telah membuktikan pada jari kita terdapat enzim yang membantu pencernaan makanan.
5. 40 Kali Kunyahan
Supaya perut kita senang untuk memproses makan tersebut. Lagipun dengan kunyahan yang lama, kita tidak akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak kerana letih mengunyah sehingga kekenyangan. (Petua untuk kekal langsing)
6. Makan Buah-Buahan
Dahulukan makan buah sebelum memakan juadah yang dihidangkan. Juga bagus untuk membersihkan kekotoran dalam perut.
7. Guna Tiga Jari
Tiga jari beerti kita telah bersikap seimbang. Sedang makan lima jari beerti kerakusan, satu atau dua jari beerti kesombongan dan keangkuhan.
8. Berkumur-Kumur
Untuk membersihkan gigi dari kuman dan bakteria
9. Menjilat jari
"Apabila salah seorang dpd kalian selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya (Riwayat Bukhari,Muslim, Ahmad dan Tabrani)
10. Tidak Tidur Setelah Makan
Nabi anjurkan berjalan-jalan selepas makan (melakukan pergerakan), afdhal juga bersolat kerana ia adalah sebaik-baik pergerakan. Supaya makan masuk ke dalam perut dengan tepat. Untuk elak penyakit appendiks (correct if i'm wrong).
11. Menjamah Sedikit Garam Sebelum Makan
Perkara ini ada juga ditekankan oleh kebanyakan pakar motivasi khususnya Datuk Dr Fadzilah Kamsah. Hikmahnya ialah untuk mengelak penyakit2 yang berasal dari perut. (Sila betulkan jika tersilap)
Selamat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan