Siapa kata cikgu senang ajarkan anaknya?? Pada aku,
lebih senang aku ajar anak orang lain. Bunyinya macam
orang berputus asa, tapi hakikatnya itulah yang kena aku telan.
Sejak anak2 aku dalam dunia rahim lagi aku dah pasang tekad
dan azam, mereka boleh membaca seawal 3 tahun. Tapi setakat
hari ni aku sudah melepasi sasaran umur tersebut kecuali si
kecil Abdurrahman. Iklil... aku tahu potensi anak perempuan
tunggalku ini. Ajarkan apa sahaja, ingatannya memang merangkumi
ingatan jangka panjang dan pendek. Seawal 2 tahun lagi dah mengenal
nama stesen2 minyak. Tunjukkan sahaja kepadanya apa jua lambang
untuk petrol pump, cepat sahaja mulut kecil itu memberikan jawapan
(mungkin bagi sesetengah orang benda2 begitu sesuatu yang tidak masuk
akal untuk diajarkan, tapi tak salah bukan?) Aku ajarkan juga
model2 kenderaan, pun anak itu tiada masalah untuk mengingat.
Tapi semenjak aku mula sibuk dengan perkara2 persekolahan, aku
lalai untuk ajarkannya ilmu2 sekolahan. Sukukata KV, KVK.....
Bagaimana aku nak mempersiapkan dirinya dan diri aku juga
menempuh tahun satu pada tahun hadapan?? Ya Tuhan... permudahkanlah
urusan anak-anakku dalam mencari ilmu dan kurniakanlah mereka
pekerti luhur serta akhlak terpuji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan