Ahlan Wasahlan...

Dunia ini kita singgah sebentar untuk meneruskan perjalanan ke tempat yang abadi

Rabu, 20 Oktober 2010

Redha Suami, Redha Allah jua...

(Dipetik daripada kiriman emel seorang sahabat yang dikenali)

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Ini alkisah tentang bunyi Hon Kenderaan

Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Jeng, jeng, jeng......

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

"TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

Hehehehheheheheheh hihihihihihih.....

(Dipetik dari kiriman emel: CT Hawa, Mepro)

Sabtu, 18 September 2010

Banting to Pantai Dalam

Sebelum ini kalau disebut Banting, dalam kepala adalah sebuah daerah di Selangor Darul Ehsan. Tapi, kalau sekarang ada orang bertanya mana Banting? Dalam kepala mesti terbayang wajah arwah Datuk Sosilawati yang dibunuh kejam bersama 3 yang lain. Boleh jadi juga ada yang gambarkan sekumpulan pasukan polis termasuk forensik yang keluar masuk - keluar masuk ke daerah tersebut dengan barang bukti dan barang kes (aduhai), mungkin juga ada yang terbayang anjing-anjing rotweiller yang besar, garang dan kejam. Macam-macam...

Walaupun tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan arwah, namun mengenalinya di akhbar mahupun majalah itu sudah pasti. Sejak beberapa lama juga saya tahu dia mengusahakan produk kosmetiknya yang diiklankan dalam sebuah majalah tempatan. Tapi itulah kesudahan hidup beliau, sudah diaturkan Penciptanya... jika mati itu lebih baik, biarlah dia pergi.

Itu berita yang menjadi topik utama kalau beli surat khabar, sepanjang hari raya... pulang ke Pantai Dalam selepas sakan berhari raya, kelibat ambulans, kereta polis pula yang menyambut kepulangan kami anak beranak. Apa pula yang berlaku di kejiranan kami sepanjang ketiadaan kami pulang ke kampung?

Benar masin mulut suami saya mengandaikan ada orang terjun bangunan (Nauzubillah), kalau kita tak tahu cerita sebenar lebih baik kita tutup mulut kan? Tapi fokus saya bukan pada mangsa yang telahpun meninggal tersebut, tetapi pada seorang makcik yang menyaksikan kejadian tersebut. Saya boleh bayangkan makcik tersebut tak dapat tidur satu malam atau lebih.... sebab menurut cerita (ngeri untuk diterangkan kerana jatuh dari tingkat 13). Al-Fatihah

Selasa, 31 Ogos 2010

Rapuh



Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

OPICK

Ahad, 29 Ogos 2010

SEDEKAH

Via Facebook Mohd Zawawi Ahmad (Pengirim:Kamal Muhlis Al-maliki August 11 at 8:30am)

Dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Seseorang berkata, 'Sungguh saya akan menyedekahkan sesuatu pada malam ini. ' Kemudian dia memberikan sesuatu itu pada tangan seorang pezina. Keesokan harinya orang-orang menceritakan bahawa dia bersedekah kepada seorang pezina. Orang itu berkata, 'Ya Allah, segala puji kepunyaan Engkau yang telah menetapkan sedekahku bagi pelacur. Sungguh saya akan bersedekah lagi pada malam ini.
Kemudian dia meletakkan di tangan orang kaya.

Keesokan harinya orang-orang membicarakan bahawa pada malam itu dia bersedekah kepada orang kaya. Maka dia berkata, 'Ya Allah, kepunyaan Engkaulah segala puji yang telah menetapkanku bersedekah pada orang kaya. Sungguh, saya akan bersedekah lagi pada malam ini.'

Kemudian, dia pergi dan menyimpan sedekah ditangan pencuri. Maka dia berkata, 'Ya Allah, kepunyaan Engkaulah segala puji yang telah menetapkanku sedekah bagi pezina, orang kaya dan pencuri.'

Kemudian orang itu didatangi oleh seseorang seraya berkata kepadanya, 'Sedekahmu sudah diterima. Adapun sedekah yang sampai ke tangan pelacur, mudah-mudahan saja dia berhenti dari melacur; yang sampai orang kaya, mudah-mudahan saja dia mengambil pelajaran dan mahu menginfakkan sebagian harta yang telah diberikan Allah kepadanya; dan yang sampai ke pencuri, mudah-mudahan saja menghentikan perbuatan mencurinya."

TERKENA API DI KUBURAN

Via Facebook Mohd Zawawi Ahmad August 28 at 8:07am (Dikirim Kamal Muhlis Al-maliki August 27 at 7:58am)

Diceritakan daripada Ibnu Hajar bahawa satu rombongan dari kalangan Tabi'in pergi menziarah rumah Abu Sinan. Baru sebentar mereka di rumah itu, Abu Sinan telah mengajak mereka untuk berziarah ke rumah jirannya.

"Mari ikut saya ke rumah jiran untuk mengucapkan takziah atas kematian saudaranya." kata Abu Sinan kepada tetamunya.
Sesampainya di sana, mereka mendapati saudara si mati sentiasa menangis kerana terlalu sedih. Para tamu telah berusaha menghibur dan memujuknya agar jangan menangis, tapi tidak berhasil

"Apakah kamu tidak tahu bahawa kematian itu suatu perkara yang mesti dilalui oleh setiap orang?" tanya para tamu.

"Itu aku tahu. Akan tetapi aku sangat sedih kerana memikirkan seksa yang telah menimpa saudaraku itu." jawabnya.

"Apakah engkau mengetahui perkara yang ghaib?"

"Tidak. Akan tetapi ketika aku menguburkannya dan meratakan tanah di atasnya telah terjadi sesuatu yang menakutkan. Ketika itu orang-orang telah pulang, tapi aku masih duduk di atas kuburnya. Tiba-tiba terdengar suara dari dalam kubur.."

"Ah....ah....Mereka tinggalkan aku seorang diri menanggung siksa. Padahal aku mengerjakan puasa dan solat".

"Jeritan itu betul-betul membuatku menangis kerana kasihan. Aku cuba menggali kuburnya semula kerana ingin tahu apa yang sudah terjadi di dalamnya. Ternyata kuburan itu telah penuh dengan api dan di leher si mayat ada rantai dari api. Kerana kasihan kepada saudara, aku cuba untuk melepaskan rantai itu dari lehernya. Apabila aku hulurkan tangan untuk membukanya, tanganku terbakar."

Lelaki itu menunjukkan tangannya yang masih hitam dan mengelupas kulitnya kerana kesan api dari dalam kubur kepada para tamu. Dia meneruskan ceritanya..

"Aku terus menimbun kubur itu seperti semula dan pulang dengan segera. Bagaimana aku tidak akan menangis apabila mengingati keadaan itu?"

"Apa yang biasa dilakukan oleh saudaramu ketika di dunia?" tanya teman-teman Abu Sinan.

"Dia tidak mengeluarkan zakat hartanya." jawabnya.

Dengan jawaban ini, teman-teman Abu Sinan membuat kesimpulan tentang kebenaran ayat Suci Al-Quran surah Ali Imran yang artinya: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Ali Imran, 180)

Wallahu A'alam

Sabtu, 28 Ogos 2010

DENGKI

Via Facebook Mohd Zawawi Ahmad (Pengirim: Kamal Muhlis Al-maliki August 18 at 7:09am)

Ada seorang lelaki yang setiap hari mengunjungi raja. Setelah bertemu raja, dia selalu berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya."

Ada seseorang yang dengki melihat keakraban lelaki itu dengan raja.
"Lelaki itu memiliki kedudukan yang dekat dengan raja, setiap hari ia bertemu raja," detik hati si pendengki dengan perasaan kurang senang. Si pendengki kemudian menemui raja dan berkata, "Lelaki yang setiap hari menemuimu, jika keluar dari sini selalu berbicara buruk tentang kamu. Ia juga berkata bahawa bau mulutmu busuk." Raja terdiam.

Pulang dari istana, pendengki duduk di tepi jalan yang biasa dilalui oleh lelaki yang akrab dengan raja. Ketika si lelaki itu lewat dalam perjalanannya menemui raja. Ia menghadangnya, "Kemarilah, singgahlah ke rumahku." Setelah temannya singgah ke rumahnya, si pendengki menawarkan bawang merah dan putih, dan memaksanya agar ia memakannya. Kerana dipaksa, ia akhirnya makan juga untuk menjaga hati orang itu. Bau bawang merah dan putih itu tentu tidak mudah hilang.

Selesai berkunjung ke tempat si pendengki, lelaki itu sebagaimana biasa mengunjungi raja. Sewaktu berjabatan tangan dengan raja, ia menutup mulutnya agar raja tidak mencium bau mulutnya. "Rupanya benar perkataan orang itu, ia benar-benar menganggap mulutku berbau," fikir raja. Sang raja kemudian memikirkan suatu rencana jahat. Lelaki itu kemudian duduk dan berkata sebagaimana biasa, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Setelah merasa waktu berkunjungnya sudah cukup, ia kemudian minta izin kepada raja. Raja berkata, "Bawalah surat ini dan serahkanlah kepada fulan."

Surat itu berisi, "Jika sampai kepadamu pembawa surat ini, maka sembelih dan kulitilah dia, kemudian isilah tubuhnya dengan jerami." Lelaki tadi keluar membawa surat raja. Di tengah jalan ia dihadang oleh si pendengki. "Apa yang kamu bawa?" tanyanya.
"Surat raja untuk fulan. Surat ini beliau tulis dengan tangannya sendiri. Biasanya beliau tidak pernah menulis surat sendiri, kecuali dalam urusan pembagian hadiah.".

"Berikanlah surat itu kepadaku, aku ini sedang kesempitan wang," pintanya. Ia kemudian menceritakan kesulitan hidupnya. Kerana kasihan, surat itu kemudian ia serahkan kepada si pendengki. Si Pendengki menerimanya dengan senang hati. Setelah sampai di tempat tujuan, ia menyerahkan surat itu kepada teman raja.
"Masuklah ke sini, raja menyuruhku membunuhmu," kata teman raja.
"Yang dimaksud bukan aku, tunggulah sebentar biar kujelaskan," katanya ketakutan.
"Perintah raja tak boleh ditunda," kata teman raja. Ia lalu membunuh, menguliti dan mengisi tubuh si pendengki dengan jerami.

Keesokan harinya, lelaki itu datang sebagaimana biasa dan berkata, "Orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Raja hairan melihatnya masih hidup. Setelah diselidiki, terbongkarlah keburukan si pendengki. "Tidak ada sesuatu yang terjadi antara aku dengannya, cuma semalam dia mengundangku kerumahnya dan memaksaku makan bawang merah dan putih. Waktu aku menemuimu kututup mulutku agar kamu tidak mencium bau tidak sedap dari mulutku. keluar sahaja dari sini, ia menemuiku dan menanyakan tentang surat yang dititipkan oleh mu," lelaki itu kemudian menceritakan semua yang terjadi. Mendengar jalannya cerita, tahulah raja bahawa orang itu ternyata dengki kepada sahabatnya.

"Benar ucapanmu, orang yang berbuat baik akan mendapat balasan, dan orang yang berbuat buruk, cukup keburukan itu sebagai balasannya." Kedengkian di hati orang itu telah membunuh dirinya sendiri. Dengki itu merosak amal. Dengki memakan kebaikan seperti api memusnahkan kayu bakar. (HR Ibnu Majah) Kedengkian seseorang hanya akan berakibat buruk bagi orang itu sendiri.

NABI SULAIMAN DAN SEMUT

Dipetik melalui Facebook Mohd Zawawi Ahmad (Daripada: Kamal Muhlis Al-maliki August 26 at 11:12am)

Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan daripada Allah SWT sehingga bisa memahami bahasa binatang. Dia bisa bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini. Firman Allah, Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu karunia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari.
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut,
"Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki daripada Allah dalam tempoh satu tahun?"
"Sebesar biji gandum", jawab semut.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?", tanya Nabi Sulaiman.
"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah", jawab si semut.
"Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku,tetapi ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya."
Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Impian Seorang Nelayan



Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan

21 PEDOMAN BUAT WANITA

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah
sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan.
Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun
anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu
risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Ahad, 1 Ogos 2010

Suiz Yang Digemari Ibu

Terpanggil untuk menulis tentang subtopik daripada buku Dr. Shukri Abdullah; Anakku Bijak Belajar. Dalam Sentuhan Ibu Bapa ke 9, Bijak Berkomunikasi Dengan Anak.

Ibu bapa ada banyak "suiz" untuk mendidik anak. Ibarat kita hadir di tempat yang asing bagi kita. Kala kepanasan dan tercari-cari suiz kipas yang betul kita pasti menekan suiz yang salah. Tapi berbeza apabila kita arif dengan tempat tersebut, pantas sahaja tangan kita menekan suiz yang dikehendaki.

Dengan anak-anak, suiz yang perlu dipilih ialah suiz:

NASIHAT
TEGURAN
LETERAN
MARAH
SINDIRAN
PUJUKAN
RAYUAN
TANGISAN
HUKUMAN
DAN GANJARAN....

Namun lucu apabila mengenangkan kebanyakan ibu gemar menggunakan suiz leteran, sekalipun suiz tersebut tidak berupaya untuk memberikan cahaya yang gemerlap pada lampu yang ingin kita buka. Fuhhh, yang saya maksudkan adalah diri saya sendiri.

Sabtu, 31 Julai 2010

Dunia Eksperimen Abdullah Naseih


Tuhan saja yang tahu selama kurang lebih 2 bulan aku dan suami dirundung resah gelisah mengenangkan si Abdullah yang tidak tahu apa punca dan jenis penyakit yang sedang dihadapi, tiba-tiba sahaja hidungnya disebelah kiri berair dan mengeluarkan bau yang CUKUP TIDAK MENYENANGKAN. Aku memang mengalah (angkat bendera putih), tapi angkat bendera putih sekalipun aku masih tegar menghidu saban hari, saban waktu, dan setiap ketika selama 2 bulan. Aku akui Abdullah sangat manja dengan aku berbanding yang lain. Tak ada waktu yang tidak baginya untuk aku penuhi segala kehendaknya, sekalipun sudah kami suami isteri sediakan pembantu rumah buat anak-anak, namun aku juga yang dicari untuk mempersiapkan dirinya. Dalam pada ingin menjauh, Abdullah mendekat (kejamnya aku selaku ibu).

Namun, suamiku tidak putus harap. Ilham Tuhan minta dibelikan madu. Tidak mengapa puteraku.... madu UMF10++ dicari dan alhamdulillah ketemu jua di balik gahnya bangunan Pusat Bandar Damansara. Korbankan saje RM150 (apalah yg ada pada nilai wang tersebut berbanding kesihatan anak tersayang) Madu diberi hampir 2 minggu, ubat klinik diberhentikan terus kerana tiada hasil positif sekalipun diberikan antibiotik.

Setiap hari aku melihat perkembangan hidungnya, tapi Abdullah tak pernah pula demam sepanjang hidungnya berbau.. Alhamdulillah! Aku dimaklumkan doktor, jika tiada demam maka belum ada sebarang jangkitan atau infeksi yang memudaratkan. Namun, ada ketika baunya kurang, dan ada ketikanya berbau kuat.. dan aku sakit kepala! Suamiku?? Aku katakan seperti tak ada hidung kerana tak pernah pula membicarakan bau tersebut.

Ada suatu hari, tapi masih berlaku dalam bulan syaaban ini.. hidung Abdullah berhingus teruk... berkebetulan pula dengan cuaca yg panas, dan aku jadi PANAS. Abdullah perlu hembus hingus dan mandi! Mulanya enggan tapi akur juga dengan kehendak aku kerana dia sendiri pun tak tahan dengan bau diri sendiri. Abdullah perlu hembus hingus supaya keluar hingus yang busuk tu dan mandi! Aku tutup hidungnya dengan tuala lalu Abdullah hembus. Sikit hingus yang keluar. Aku minta lagi Abdullah hembus sekuat2 hati, Abdullah hembus sekuat2 hati.... YA ALLAH, Abdullah!

SEKETUL SPAN YANG MEMBUSUK KELUAR DARI HIDUNG ABDULLAH...

Dengan keluarnya seketul span tersebut maka berakhirlah riwayat hidung busuk Abdullah. Sekian.

Selasa, 13 Julai 2010

Ada seseorang telah mengajar saya berbohong .... Hanya untuk selamatkan diri sendiri. Tegarnya dia.

Sabtu, 10 Julai 2010

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

(Dipetik daripada emel seorang Hamba Allah)

Jumaat, 9 Julai 2010

Hari Terbuka

Kebiasaan selepas PKSR ada hari terbuka, dan dah namanya pun Hari Terbuka,maka segala pintu hati, mata hati guru pun mesti terbuka. Ada yang anggap Hari Terbuka ni LETIH, tp ada juga yang berasa hari tersebut hari untuk berehat2.
Sebenarnya terpulang pada tanggapan diri sendiri. Mungkin letih kerana periapan sebelum, tapi rehat adalah pada hari kejadian.

Pada saya, Hari Terbuka ni seronok! Dapat jumpa ibu bapa dan tanyakan hal anak2 di rumah. Lebih rasa seronok kalau ibu bapa ucapkan terima kasih kerana anak-anaknya begitu dan begini. Bukan hadiah atau wang ringgit yang dipinta, cukuplah sekadar penghargaan dan ucapan berharga tersebut yang diberikan....

Tapi ada juga ibu bapa yang cerewet (harap2 saya tak begitu...) mahukan anaknya begini dan begitu. Tapi adakala komunikasi yang digunakan tidak begitu berkesan. Kadang2 seperti mengarah, kadang2 seperti mengajar, kadang2 seperti marah. Parent oh parent.. guru pun ada hati dan perasaan.

Ahad, 27 Jun 2010

Potong Kuku Mengikut Sunnah



Mujur ada imej yg boleh dikongsi bersama, jika tidak sebelum ini saya cuma mengamalkannya sahaja tanpa boleh menyebarkan kepada orang lain. Nah,ia lebih mudah dengan adanya gambar ini.

Peristiwa Khandaq, keajaiban di rumah Jabir bin Abdullah r.a

(Dipetik daripada laman web http://hikmatun.wordpress.com)

Bukhari dan Muslim serta lain-lainnya meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a tentang kisah penggalian Khandaq. Ia berkata, “Aku melihat rasa lapar yang sangat pada diri Nabi S.a.w. Aku segera mengeluarkan kuali yang di dalamnya ada satu takar gandum dan kami punya juga seekor haiwan kecil sebangsa anak kambing kacung.”

Dalam riwayat lain, dari Jabir disebutkan bahawa beliau berkata, “Sebelum Perang Khandaq kami menggali parit. Dalam penggalian itu kami terhalang oleh batu yang sangat keras. Mereka datang menemui rasul dan berkata, “ini adalah batu yang sangat keras yang menghalangi penggalian.”

“Aku akan segera turun,” sabda baginda S.a.w. Dalam keadaan berdiri baginda menganjalkan perutnya dengan batu. Selama 3 hari kami tidak akan merasai apa-apa. Lalu tanah yang keras itu dipukul oleh nabi yang kemudian hancur berkeping-keping. Sesudah itu aku berkata kepada Rasulullah S.a.w, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku pulang ke rumah.”Baginda pun mengizinkan aku pulang. Sampainya di rumah aku berkata kepada isteriku, “Aku melihat sesuatu pada diri nabi, yang bila saja aku melihatnya tentu aku tidak akan sabar. Apakah kamu mempunyai sesuatu?

“Aku punya gandum dan anak kambing betina,” jawab isteriku. Anak kambing itu langsung aku sembelih dan gandumnya ku masak. Dagingnya ku letakkan dalam periuk lalu aku menemui Rasulullah S.a.w. Isteriku berkata, “Janganlah kau membuatkan aku malu di hadapan Rasulullah dan orang-orang yang bersamanya kerana makanan yang dibawa hanya sedikit”.

Setelah bertemu aku berbisik pada rasul, Wahai Rasulullah S.a.w kami telah menyembelih haiwan kami dan memasak satu takar gandum kami. Kemarilah engkau bersama satu orang bersamamu, asal jangan lebih dari sepuluh orang.”

Dalam riwayat lain disebutkan, “Kami mempunyai sedikit makanan yang telah kami buat. Kemarilah engkau wahai Rasulullah bersama seorang atau dua orang sahaja.”

Sabda baginda S.a.w, “Katakanlah kepada isterimu agar periuknya jangan diangkat dulu dari tungku begitu adunan rotinya sampai aku datang. ” Sesudah itu baginda melaungkan, “Wahai semua penggali parit, sesungguhnya Jabir telah membuat makanan. Marilah semuanya segera ke mari!”

Setelah aku bertemu isteriku aku berkata kepadanya, Sungguh teruklah kamu, nabi datang bersama semua orang Ansar dan Muhajirin.”

“Apakah baginda bertanya berapa banyak makananmu?” tanya isteriku.

“Ya”, jawabku.

“Allah dan rasul lebih mengetahui. Kita membuat roti apa yang ada pada kita sahaja.”

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Jabir berkata, “Aku pulang ke rumah. Rasulullah S.a.w pula datang bersama semua orang. Isteriku mengeluarkan adunan roti, lalu baginda meludahi adunan itu lalu memberkatinya. Kemudian rasulullah S.a.w menuju ke periuk kami, meludahinya dan berdoa agar diberkati. Sesudah itu, baginda bersabda kepada Jabir, “panggillah tukang pembuat roti agar dia membuatnya bersama isterimu.”

Baginda S.a.w juga bersabda kepada isteriku, “Ceduklah isi periuk ini, tetapi periuknya jangan engkau turunkan.”

Mereka datang bersama Rasulullah S.a.w seramai kira-kira seribu orang, didudukkan sepuluh-sepuluh, lalu mereka semuanya makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Aku bersumpah demi Allah, mereka semua dapat makan. Sampai akhirnya mereka meninggalkan makanan, maka periuk kami dan adunan roti kami masih seperti mula-mula tadi. Baginda S.a.w bersabda, “Makanlah dan hadiahkanlah.” Sehingga pada hari itu kami dapat memakannya dan memberikannya kepada jiran tetangga. Dan dalam riwayat lain disebutkan “Kami dapat makan dan memberikannya kepada tetangga. Dan setelah Rasulullah S.a.w keluar, maka makanan itu pun habis pula.” Di ambil dari hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Dan peristiwa seakan-akan sama seperti di atas juga telah berlaku di rumah Thalhah r.a kemudiannya.

Rabu, 2 Jun 2010

Sedihnya dengan perpisahan

Dah nak masuk seminggu aku terpaksa berpisah dengan Abdullah
dan Abdurrahman, dua org anak lelaki yg manja dan cilik. Sementara
menantikan bibik yg akan bercuti selama sebulan di Indon.
Hari2 aku call, nak dengar suara mereka berdua dan apa yg sedang
mereka lakukan ketika itu.... Abdurrahman pun dah improve perbualan
telefonnya,kalau kebiasaan dia akan ajuk kembali pertanyaan kita,
but now dia menjawab. Begitu juga ngan Abdullah, ayat2 nya
diatur baik sekali..
Tp bila tengok baju2 diorang yg masih ade kat umah ni, mesti sedih
tu dtg semula..Huhuhu......

Sabtu, 15 Mei 2010

Biarku Menjadi Lilin - PELANGI

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Positif -VS- Tak nak panjang cerita???

Terfikir jugak tentang karenah2 yang sering berlaku
kat cikgu2 kecik di sekolah. Dan cikgu2 ni jugak
dari macam2 kategori serta dari macam2 pe'el.
Yang malaikat pun cikgu dan yang ifrit pun cikgu
lah jugak. Dahsyat gak bahasanye saya nih.
Tapi itu lah hakikat yang cikgu2 ni kene telan, biar
pun pahit lebih dari peria.

Sempena Hari Guru tahun ni, saya dan diri saya sendiri
terpanggil untuk transform diri sendiri, juga untuk
muhasabah diri sepanjang dah baper tahun bergelar pendidik.
Bila kita rajin, macam2 keje datang bergolek2 kat kita,
tapi bila kita malas, macam2 tittle sangkut kat kita.
Pilihlah yang mana satu.

Tahu guru2 memang terbeban, mana P&P... mana nak layan
keje2 perkeranian. Keluar kursus, anak2 murid tertinggal..
mana daya nak kejar sukatan pelajaran...

Ade lagi nak membebel... tapi sebenarnya tujuan asal
mende ni ditulis ialah supaya org di luar sana kenang
jasa guru mereka. Sebab, tanpa guru kita tak belajar sesuatu.
Jangan bohong klu ada yang kata, saya tak dapat apa2 di sekolah.
Kalaupun x banyak, sikit mesti ada....
Nak sambung g.... pas ni.

Rabu, 31 Mac 2010

Apa-apa saja lah...

2 hari lepas, saya belek2 majalah lama. Pada mulanya nak buang je,
tapi terdetik pula nak membaca terlebih dahulu. Lagipun tu dah
memang jadi kebiasaan aku. Nak buang kertas ke... buku ke, mesti
belek ngan baca dulu. Betul lah kan, mana tau kot benda penting.
Terpanggil untuk berkongsi tentang artikel yang ditulis oleh
Dr HM Tuah tentang wanita dengan tempoh keayuan serta keanggunannya.
Menurutnya, wanita kelihatan cantik semasa ia dara sunti, sekitar
umur 17... dan fasa seterusnya apabila ia menginjak ke usia 30 an.
Topik yang saya nak ke utarakan ialah, maka wanita sangat-sangat
perlu untuk berhati-hati (bawa diri secara cermat, sementelah yang
sudah berkahwin kerana kecantikan tersebut boleh memakan diri sendiri)
Kenapa wanita kelihatan cantik pada usia awal 30 an itu? Saya bersetuju
dengan DR HM Tuah... beliau mengatakan wanita pada usia itu sudah
menampakkan keyakinan diri. Apabila ada keyakinan diri, wanita akan lebih
teruja untuk menonjolkan diri dan tidak malu2 lagi. Idea pun banyak,
kata2 petah begitu juga penampilan yang WOW...

Tapi benarlah... anggaplah itu ujian, baik untuk menguji diri sendiri,
sang suami dan institusi keluarga... KALAU ada lelaki yang terpesona.
Kalau kaum sejenis yang memuji itu ada benarnya, tetapi kalau kaum
yang satu lagi... itu bencana.

Sebenarnya DR HM Tuah direct, dia katakan pada usia 32 tahun, bukan awal
30 an.... sebab aku pun takut, itu adalah usia aku.

Khamis, 4 Mac 2010

Rahsia Perwatakan Anak2 Melalui Fizikal,Tarikh Lahir , Warna dan Urutan dalam Keluarga

Mengikut kajian pakar motivasi Dato' Dr. fadzilah kamsah

Dari segi fizikal
BERTUBUH KURUS
seorang yang agak gemuruh,kelam kabut tapi sangat kreatif,aktif dan pantas bergerak,agak penakut,suka diberi penghargaan dan belaian orang lain

BERTUBUH SEDERHANA
suka tidur dan kuat makan.kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak,sensitif,mudah marah dan inginkan kesempurnaaan

BERTUBUH GEMUK
seorang yang tenang,penyayang,mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja,agak lambat berfikir tapi ngatan tajam,cabar dan jarang marah.

TARIKH LAHIR
Bulan 2,4,6,8,9,11,12-kelam kabut,mudah tertekan,selalu nak cepat,kurang sabar,inginkan kesempurnaan,sentiasa nak cari kehebatan

Bulan 1,3,5,6,7,10,12-tenang ,mudah bertolak ansur,mudah diajak berbincang

Bulan 2,3,4,7,8,9-emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung

WARNA
HIJAU:mencintai alam sekitar,pemurah,ambil berat,penyayang,berperikemanusiaan,kritis ,banyak idea

HITAM:serius,tinggi iltizam,buat sesutu dengan bersungguh2

PUTIH:optimis,sabar,sangka baik,suka kedamaian

PINK:penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi

OREN:suka kebebasasn,kreatif,aktif ,agak kelam kabut,ramai kawan,semangat tinggi

KUNING:ceria,tahan lasak,suka berkawan

BIRU MUDA: sensitif,beretika,suka menolong,suka bekerjasama,sedia berkorban untuk orang lain

EMAS/PERAK:-suka kepada kejayaan

URUTAN DALAM KELUARGA
ANAK SULUNG:cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek,jadi model kepada adik2, pandai pujuk,suka kawal orang lain

ANAK TENGAH: suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur

ANAK BONGSU: berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif

ANAK TUNGGAL: yakin,tak bergantung pada orang lain,cermat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

Selasa, 2 Mac 2010

Terapi Pertuturan

Anak yang kecil Abdurrahman Nour Alam baru shj menjejak usia 2 tahun
pada bulan Februari lepas. Namun seperti biasa, amalan percakapan
kanak-kanak pada usia tersebut ialah mengajuk kembali perkataan
yang didengarnya. Namun aku serahkan semuanya pada suami aku.
Biasanya dia yang ajarkan anak-anak bertutur. Bukan susah pun,
katakan apa sahaja yang berkaitan dengan anak tersebut, dan tunggu
sehingga anak tersebut mengajuk kembali. Biasanya ayat2 pendek dan
satu persatu. Aman .. Sayang .. Mama ..
Kadang2, Abdurrahman dah tahu ayatnya, dia hanya sambungkan shj...
Main tipu kan? Tapi berbanding Abdullah dan Iklil, potensi utk
Abdurrahman petah berkata2 lebih tinggi.
Tunggu dan lihat hasilnya...

Ahad, 28 Februari 2010

Lagi-Lagi Kisah Kahwin

Tajuk macam cerita panas, tapi suam-suam kuku je. Mungkin tajuk ni juga
ada kaitan dengan majlis "Tanda" adikku yang ke 4 dengan pilihan hatinya
pada minggu hadapan. Rupanya aku sendiri tak sedar betapa masa berlari
tinggalkan aku (aku tak menyebut kita semua yang ditinggalkan masa... sebab
aku yang terleka dengan masa yang dikurniakan tuhan kepada aku)

Tahun 2003 dahulu aku yang mendirikan rumah tangga, dan ketika itu
usia aku 25 tahun. Rasa seperti muda dan awal untuk meninggalkan keluarga.
Tapi, tak sanggup pula nak tunggu lama-lama. Lantaran kita sendiri tak tahu
apa yang akan berlaku pada masa depan... Tapi, kuat aku rasakan dia
adalah jodoh paling hampir. Setelah puas mengharungi caci maki, fitnah dan
segala macam kesukaran akhirnya ia berlangsung juga.



Kalau boleh aku tak mahu apa yang aku alami terjadi pada adik-adikku,
bukan senang nak mendirikan masjid, silap langkah tak menjadi atau kalau
menjadi pun terputus di tengah jalan. Bolehkah mereka harungi hidup
berumahtangga seperti aku (biarpun aku x sesempurna mana).

Kalau boleh aku kisahkan suka duka itu sudah lama aku kisahkan....
tapi biarlah ia tersimpan dalam diari hati. Buat yang menabur duri sepanjang
ranjau derita itu, telah aku ampunkan dosa2 kalian... Semoga tenang dia
di sana...

Sabtu, 27 Februari 2010

^^Anakku Muridku^^

Siapa kata cikgu senang ajarkan anaknya?? Pada aku,
lebih senang aku ajar anak orang lain. Bunyinya macam
orang berputus asa, tapi hakikatnya itulah yang kena aku telan.
Sejak anak2 aku dalam dunia rahim lagi aku dah pasang tekad
dan azam, mereka boleh membaca seawal 3 tahun. Tapi setakat
hari ni aku sudah melepasi sasaran umur tersebut kecuali si
kecil Abdurrahman. Iklil... aku tahu potensi anak perempuan
tunggalku ini. Ajarkan apa sahaja, ingatannya memang merangkumi
ingatan jangka panjang dan pendek. Seawal 2 tahun lagi dah mengenal
nama stesen2 minyak. Tunjukkan sahaja kepadanya apa jua lambang
untuk petrol pump, cepat sahaja mulut kecil itu memberikan jawapan
(mungkin bagi sesetengah orang benda2 begitu sesuatu yang tidak masuk
akal untuk diajarkan, tapi tak salah bukan?) Aku ajarkan juga
model2 kenderaan, pun anak itu tiada masalah untuk mengingat.

Tapi semenjak aku mula sibuk dengan perkara2 persekolahan, aku
lalai untuk ajarkannya ilmu2 sekolahan. Sukukata KV, KVK.....
Bagaimana aku nak mempersiapkan dirinya dan diri aku juga
menempuh tahun satu pada tahun hadapan?? Ya Tuhan... permudahkanlah
urusan anak-anakku dalam mencari ilmu dan kurniakanlah mereka
pekerti luhur serta akhlak terpuji.

Isnin, 8 Februari 2010

Menginjak Usianya..... 2 Tahun

Tak sangka, esok genaplah 2 tahun usia Abdurrahman Nouralam,
Cahaya Mata kami suami isteri yang bongsu. Sesuai dengan usianya,
tingkahlakunya jua begitu. Abdurrahman sangat periang,
tidak kedekut, cool, pemaaf, pelawak, berani dan gemar berqasidah.
Aku perhatikan juga, abdurrahman bijak bergaul. Masakan tidak...
anak ini suka melawak dan menyanyi tanpa rasa malu. Sudah tentu
khalayaknye berasa terhibur dan menyenanginya.



Malah pertuturannya juga jauh lebih cepat berbanding abangnya
Abdullah dan kakaknya Iklil. Dah tentu mereka berdua merupakan ikon
bagi Abdurrahman. Langkah pertamanya juga agak cepat, sebelum menginjak
usia setahun. Sudah boleh menyebut One until Ten apabila melihat
gugusan nombor di mana2 sahaja, sekitar usia awal setahun lagi.
Cuma aku yang tak punya masa mencukupi untuk mengajarnya byk perkara.

Aku masih ingat, sepanjang aku mengandungkannya suami tak putus membaca
ayat2 suci Al-Quran, hingga beberapa kali khatam. Berinteraksi dari luar
perut juga memang menjadi kebiasaan bagi suamiku sejak anak pertama lagi.
Mungkin sebab itu juga anak2 tidak boleh berenggang dengan babahnya.
Anakku Abdurrahman, Babah dan mama meletakkan kepercayaan tinggi
terhadapmu sayang dalam usaha melangsungkan dakwah dan sunnah Rasulillah.
Bagitu juga anak2 yang lain..... Mama iringi kamu semua dengan doa
dan kasih sayang berpanjangan.

Ahad, 7 Februari 2010

Anak Emak (Mama)???

Aku terfikir istilah ANAK EMAK. Anak emak ni kalau ikut istilah
kebiasaan orang melayu ialah anak lelaki yang masih lagi terkongkong
di bawah pengaruh ibunya. Segala keputusan mahupun apa2 sahaja berkaitan
kehidupan dipengaruhi ibunya. Ishkkkk.....
Mujur gak suami aku ibunya sangat independent. I luv my mother in law.

Aku bukan nak maksudkan sesiapa tetapi terfikir, suatu masa nanti aku
terpaksa lepaskan anak2 lelaki bertebaran mencari hidup masing-masing.
Belajar jauh dari aku dan suami, alam pekerjaan dan dah tentu bertemu
alam perkahwinan. Apalah yang peningnya dengan aku ini hinggakan
memikir perkara yang sangatlah jauh pertemuannya. Ye, memang jauh, tapi
didikannya adalah dari sekarang.



Buat masa ini aku banyak bagi kebebasan untuk anak-anak memilih. Baju yg
dipakai hari2 dipilih sendiri, pinggan makan pilihan sendiri, siaran TV
pilihan sendiri..... tapi cukupkah itu didikan yang aku beri untuk diri
aku sendiri dan anak2?? Aku maksudkan adalah kebebasan memilih. Fussy tak
aku ni pada masa hadapan??? Ehh, mak aku pun tak begitu.

Ada kawan-kawan yang biasa mengadu, ibu mertua yang masih lagi corakkan
suami mereka dalam urusan rumahtangga, hinggakan anak2 dijaga ibu mertua
kerana terlalu tidak percaya pada menantu perempuan tadi.
Dalam hal begini, aku tak lihat ini masalah anak emak, tetapi isu bagaimana
nak ambil hati mertua. Kalau dah dua-dua berkeras manakan bleh dilentur
sikap dan ego masing-masing. Formula aku senang... seorang kena mengalah.
Dan yang mengalah itu ialah yang muda......

Alahai... bukan senang nak senang.

Jumaat, 5 Februari 2010

Asam Garam Rumahtangga

Aku dah jadi kaunselor plak hari ni. Pagi2 tadi masa di sekolah, rakan
sejawatan yg seorang tu sempat berkongsi masalah antara dia dan suami.
Katanya, dia suka dengan tindakan suami aku menelefonku saban masa aku
di sekolah. Ooo... rupa2nya selama ni si member ada buat pemerhatian
berapa kerap suami aku menghubungi aku. Dan itu memang aku tak nafikan.
Tetapi, apa yang diharapkan daripada sang suaminya tidak pula berlaku
perkara demikian. Katanya, suami saya tak suka saya selalu menghubunginya.
Aitt, sudah terbalik dengan aku punya kes. Katanya rakan sejawatan lagi,
sisi aku sama dengan suaminya. Betul..... aku memang jarang2 menelefon
atau SMS suami, kerana aku tak meletakkan perkara tu sebagai pemberat.

Tapi aku dikira beruntunglah, punya suami yang ambil berat. Waahhhh....
Jadi si member cuba mengorek2 isi hati suaminya daripada sisi seorang aku.
(Akulah itu...) Apa sebenarnya yang membuatkan aku tak begitu ambil berat
untuk menelefon suami, sedangkan suami terlalu beria2..... Jawapan aku senang
je, AKU NI AMBIL MUDAH. Memang ada persamaan antara aku dengan suami si rakan sejawatan.
Cuma ego lelaki dengan ego perempuan seperti aku lain pulak
bentuknya. Aku masih boleh dilentur sebab sandaran aku adalah suami aku.
Tapi suami rakan sejawatan langsung x mengalah, sebabnya aku tau.... sebab
rakan sejawatan gunakan kaedah memaksa untuk disayangi dan minta perhatian.
Katanya lagi sang suami tidak suka disentuh2, didekati apalagi diajak
berbincang. Fuuhhh.... komplikated jugak ye.

Itulah dia, pendekatan suami aku lain dengan pendekatan rakan sejawatan.
Suami aku mendidik, tetapi rakan sejawatan lebih kepada sangkaan yang bukan2.
Aku tau suami aku akan marah kalau aku tak begini dan begini dan begini,
tapi aku... aku lah. Memang aku pernah dicopnya EGO. Suatu ketika dulu.
Ada mungkin juga aku yang tak mahu panjang2. Aku cari jalan untuk perbaiki
diri supaya kemudian hari x berlaku dingin mendingin.

Sebelum kahwin dan selepas ternyata bezanya banyak. Sebelum kahwin kalau
boleh sentiasa mahu si dia ada di sisi. Tapi bila sudah ada anak dan
banyak komitmen, semuanya berubah. Nak berwangi2 di rumah pun tak mahu lagi,
mungkin banyak bau bawang dan ikan bilis je, hehehhe. Tapi percaya atau tak,
suami saya tidak begitu. Emmm... wangi hingga ke malam, dan kalau kami
berjalan berdua-duaan pasti tangannya tak lepas dari menggenggam tangan aku atau
merangkul bahu aku. Bangganyerrr! Tapi percaya atau tak,
aku sebenarnya sangat2 tidak selesa dan malu diperlakukan begitu.
Dulu... ni citer dulu, tapi skang
aku tak biasa kalau suami tak mengenggam tangan atau merangkul bahu. Itulah
mendidik namanya. Alhamdulillah sayangnya pada aku tak berubah dari mula
dia melafazkan kata-kata itu hinggalah sekarang.

Didikan yang seterusnya ialah memperbaharui kata-kata sayang boleh dikatakan
setiap hari. Bukan sekali seumur hidup atau setahun sekali, tetapi
almost everyday... Setiap kali kemana-mana berkereta, tatkala kereta mula
bergerak, sudah pasti ayat yang disoalkannya ialah... "Awak sayang abang tak?"
Dulu..... dulu aku berat nak jawab sebab mentaliti kuno aku mengatakan,
TAKKAN TAK FAHAM2! Tapi salah rupanye.....
Kini kalau suami tak bertanyakan soalan tersebut, aku pula yang bertanya.
Kui, kui, kui....

Sebenarnya senjata kita adalah doa. Manipulasilah ia.....

Khamis, 4 Februari 2010

Nasi Goreng Cina ~n~ Ayam Goreng Kentucky

Menu yang sangat istimewa sesedap namanya. Perancangan awal
dibuat sehari sebelum xtvt lagi. Kali ni cuba nak buat dan ajar
budak buat lain dari kebiasaan. Biasanya buat yang simple2 je...


Mas yang kecoh,sempat lg dia enterframe. Huhuhu...

Apepun, semua cekgu, murid dan PPM berseronok-seronok dengan aktiviti ini.
Bila ayam sedang digoreng,mula la kecur air liur dan perut terasa lapar.
Selebihnya ke xtvt perkebunan. Seolah2 pulang berkebun dan makan.
Lepas ni nak masak ape plak ekkk?

Selasa, 2 Februari 2010

Dari Sisi Ibu Bapa Pelajar

Isunya kecil. Anak murid aku telah memotong sambungan USB speaker
ke laptop. Aku sebenarnya lebih suka bersikap diam diri dan menganggap
semua tu salah aku sendiri sebab speaker tersebut aku tinggalkan
tanpa pengawasan sesiapa (lagipun sebelum ini tak jadi perkara semacam
ini). Apabila dah berlaku, PPM yang terlibat menjaga pelajar tersebut
mungkin rasa bersalah lalu mendesak aku untuk menuntut ganti rugi
dari ibu bapa pelajar tersebut. Aku mcm dah terbau, sekiranya aku
berbuat begitu alih2 mereka akan salahkan pihak sekolah juga...

Tp aku biarkan juga mereka yang prihatin dengan nasib speaker aku untuk
ambil tindakan bagi pihak aku. Aku memang tak buka mulut langsung untuk
minta ganti rugi, sebaliknya aku ada orang tengah. (Diulang... ORANG TENGAH)
DENGAN RELA MEREKA SENDIRI.

Alih2 hari ini aku dah jadikan speaker tu satu isu hangat di pend. khas.
Ibu pelajar tersebut datang dengan 1001 rasa tak puas hati dan habis
dicarinya kesalahan-kesalahan yang cikgu-cikgu pend. khas buat terhadap
anaknya. Sekalipun dia mencari salah di pihak aku, aku ada reason.
Dan aku mmg tak suka panjang2 kan isu. Even dia datang dan minta maaf,
aku sudahpun boleh menerima. Tapi tindakan baby sitter pelajar tersebut
yang hadir sekali, sama sekali membuatkan aku jengkel. Terang-terang
dia menyiram minyak ke atas bara clientnya itu.

Aku tak boleh jadi seorang guru yang profesional sebab aku pun bertekak
sekali. Hahahah.... Aku tau, dari sisi ibu pelajar tersebut, dia sangat
mengharapkan anaknya boleh mendapat sesuatu di sekolah ini. Tapi bukan
dengan cara menyerang dan mengajar cikgu-cikgu sebaliknya berbincanglah
secara baik. Bolehkah dia mengukur usaha kami? Bukankah ia sesuatu
yang abstrak. Tahukah dia bahawa anaknya dilanda stress teramat sangat
lantaran didera emosi oleh baby sitternya yang saban hari menghantui
anaknya itu di sekolah.
Tahukah dia, anaknya itu sering bercakap sendirian tidak mahu tuition
dengan baby sitter tersebut dan selebihnya beremosi. Mangsanya adalah kami,
guru2 pend khas yang terpaksa mempertahankan diri dari sepak terajang,
ludahan setiap kali histeria nya datang. Aku khabarkan... Dia Autisme!

Isnin, 1 Februari 2010

Aktiviti Lasak ~vs~ Aktiviti Terpaksa


Tunggu turn repelling. Aku dah tau dah aku mesti akhir punya. Macamana aku tau, aku pun tak tau...


Segar bugar lagi selepas berkayak sejauh 9 km, muscle bleh timbul nih.


Sedang tunggu turn nak menyelam. Bab selam menyelam, kuak menguak aku memang terer.
(Dengan syarat ada life jacket, heheh...)


Bercanda-canda kat tepi pantai selepas "aktiviti memaksa dan terpaksa" abis sudah.

Actually, aku perlu dipaksa melakukan semua aktiviti ni. Tapi bila dah jalankan aktiviti jadi seronok dan nak buat lagi. Tapi positifkan diri dengan xtvt sebegini kerana disebaliknya ada makna yang kita kena cari dan kupas sendiri. Sesuatu itu dijalankan bukan saja2, tetapi berbalik pada niat dan kesungguhan untuk melakukan.
Part paling best ialah semasa hari terakhir setiap aktiviti. Saya suker, dan ayat aku yang paling member2 menyampah ialah "Cube nkorang bayangkan kalau kita baru hari pertama kat sini...!!" Hahahah, sume member nyampah2 je dengar ayat aku yang sejak dulu dah jadi tag untuk aku. Kenangan abadi terpahat di sanubari....

Teringat Zaman U


Tiba-tiba je teringat zaman di universiti. Memang banyak main-main tapi aku antara student yang paling berjimat cermat, ecehhh. Tapi dalam pada aku berjimat cermat ada saje barang-barang berharga aku yang hilang. Ehh, cerita kehilangan lagi. Muhasabah diri (Aku ni memang jenis lalai). Barang berharga tu bukan emas, intan berlian... tapi gajet2 perkuliahan. Kalkulator saintifik yg harganya mencecah 50 hengget satu, kad matrik (nak dapat yg baru kena bayar 30 hengget), kad bank (kui,kui,kui....) Sah aku ni mmg mcm ni sejak dulu sampai skg.

Tapi aku bukan nak mengingat benda2 hilang ni semua. Aku nak mengimbau zaman aku sibuk jadi mahasiswi -vs- kebebasan tanpa pemantauan ibu bapa. Sebenarnya berbalik pada niat dan rasa tanggungjawab. Niat untuk menggenggam segulung ijazah dan tanggungjawab sebagai pelajar. Memang aku akui, sengkek waktu nak berbelanja ialah pada awal semester baru (almaklumlah loan tak masuk lagi)tapi aku masih lagi boleh berbelanja dengan ikat perut yg minima kerana aku masih ada simpanan semester lepas. Aku tak perlukan FaMom (Father n mother daa..)kerana aku tau sejauh mana aku boleh meminta.

Paling puas apabila tanggal September 2002, aku dianugerahi segulung ijazah, ditemani abah, dipakaikannya jubah dan topi graduasi, walaupun tanpa teman-teman rapat aku gagahkan juga lantaran itulah hasil yang aku perjuangkan selama ini. Abah pun kini kesihatan makin merosot walau masih mampu memandu ke KL melawat kami anak beranak kala kerinduannya terhadap cucu-cucunya memuncak. Sedih bila mengenangkan itulah lelaki yang memberi aku pelajaran, dan memberi sepenuh kepercayaan terhadap Mohd Zawawi suamiku untuk menjaga aku selepas dirinya. Inilah hasilnya Abah....

Henfon Oh Henfon

Dah masuk bulan Februari......
Masih ade lg kerja yg terbengkalai dan perlu dibereskan dalam kadar segera, kurang segera dan agak jauh tempoh masenyerr. Projek Big book tetap dalam proses tapi bagaikan hilang sebelah kaki kerana telefon bimbit hilang (lost in da house)
Masih teringat dan terbayang-bayang henfon kesayangan. Paling sedih klu anak2 minta untuk main game. Especially Abdullah, dia gemarkan game marble tu.. Iklil apatah lg, dia mmg terkenal dengan kepakaran mengubah-ngubah layout henfon aku. Tapi di mana henfon tu sekarang? Tak ada petunjuk siapa yg ambil...

Mujur jugak husband tak mengungkit terus-terusan. Thanks honey. I hope a new branded henfon from u hik,hik,hik...Itulah, sebagai manusia kita tak habis diuji, ujian ini baru sedikit.. orang lain yang lebih dahsyat ujiannya kena juga dikenangkan. Rumah terbakar, gempa bumi, hilang anak dan sanak saudara. Kenang-kenangkanlah wahai Rozalita....

Ahad, 31 Januari 2010

31 hari 2010


Pejam celik, sedar tak sedar sudah 31 hari di tahun 2010. Rasa baru semalam menyambut kedatangan 2010. Sedar atau tidak, cepat rasanya masa berlalu. Iklil Zaatariyah permata hati pertama aku dan suami sudah mula serasi dengan persekolahan barunya, PASTI ASSALAM. Kalau tahun lepas, aku dan suami terpaksa memberhentikannya daripada meneruskan kindergardennya kerana aku tak sanggup melihatnya murung hari ke hari. Setiap kali pulang dari sekolah ada saje hal yang dibuatnya. Hinggakan aku sendiri panas hati (apa yg dah berlaku di sekolah???).

Siapa yg nak aku upah untuk jadi spy? Jawapannya memang tak ada dan aku sendiri pun susah untuk buka mulut bertanyakan kepada barisan guru-gurunya... "Teacher, kenapa anak saya selalu begini dan begini dan begini bila pulang ke rumah???" Yang pasti aku tak mahu mendengar jawapan-jawapan bohong dari mereka.

Kini, hari-hari Iklil dah kembali ceria, setiap kali pulang sekolah dia akan ajarkan adiknya apa yg telah dipelajari sepanjang setengah hari dia di PASTI. Alhamdulillah....
Anakku yang kedua nanti, Abdullah Naseih juga akan aku hantarkan ke sana.

Jumaat, 29 Januari 2010

^^Permata Hati Cikgu^^



Dia lahir bukan dipinta kurangnya,
Dia lahir tanpa meminta cacatnya,
Dia lahir bukan untuk susahkan sesiapa,
Dia lahir kerana dipilih Pencipta...

Ibumu wanita yang tebalkan muka,
Ibumu wanita yang pekak telinganya,
Menutup deria dengar dan malunya,
Dari hiris kata yang muntah,
Yang menuduh anehnya hidupmu anak.....

Ibumu wanita yang luar biasa,
Moga ada tempatnya di SANA.

Buat Murid-muridku,
Pelajar Pend.Khas SK. Brickfields 1.
Kalian tetap dihati cikgu.

Ahad, 24 Januari 2010

## Terapi Berkuda ##

Nak beli kuda memanglah tak berkemampuan apatah lagi untuk menyediakan kandang, memberi makan dan segala keperluan. Tapi apakan daya, mahu juga ajarkan dan dedahkan permata-permata cilik kami dengan aktiviti berkuda tersebut. Tak jauh dari rumah, kami berusaha ke Tasik Titiwangsa berbondong-bondong, mengheret ketiga-tiga orang permata cilik dengan bibiknya sekali ke lokasi yang dimaksudkan.

Permata cilik pertama kami memang sejak dahulu teruja dengan aktiviti berkuda ini, sehinggakan kami terpaksa memekakkan telinga setiap kali aksinya menangis dan enggan pulang sebaik tamat aktiviti tersebut. Dua orang permata lagi mungkin juga kurang mengerti keseronokan tersebut, tetapi tetap menunjukkan minat.

Kini aku sentiasa cuba mencari ruang-ruang senggang agar aktiviti ini dapat aku dan suami jalankan secara istiqomah. Biarpun kuda tersebut hanya ditarik oleh pekerja-pekerja disitu, tetapi tak mustahil selepas ini permata-permata cilik itu akan berpindah ke ruang berkuda bersebelahan pula... Siapa tahu.

Sabtu, 23 Januari 2010

Big Book ^Kembara Dunia Semut^

Dalam proses pembikinan Big Book bertajuk KEMBARA DUNIA SEMUT.
Semoga semuanya berjalan lancar dan semua mendapat manfaat daripadanya.
Bukan senang untuk hasilkan karya tersebut, dan kini dalam rangka menyiapkan brochure dan senarai semak. Aku tidak mengharapkan banyak cukuplah ia dapat
menjadikan kanak-kanak gemar membaca dan menerokai bacaan mereka.

Ya Allah, aku tidak memohon dengan sesuatu yang lain, hanya padaMu aku berserah diri dan mengembalikan seluruh kejayaan kelak kepadaMu semula. Amiin.

Menanti Di Barzakh (Far East)


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Wahai Hati


Pandanglah keindahan,
Hati ingat kepada Allah yang menjadikan
Makanlah yang enak-enak
Hati ingat kepada Allah yang memberikan rezeki
Bersabarlah ketika sakit
Hati ingat kepada Allah
yang hendak menguji kesabaran hambaNya
Bersyukurlah ketika berjaya
Hati ingat kepada Allah
kerana setiap kejayaan adalah kurniaNya
Tabahlah jika menghadapi kegagalan
Hati ingat kepada Allah
yang mengetahui hikmah disebaliknya

Sang Semut Api


Aku dah terbiasa sangat dengan semut jenis api ini. Badan memang kecil bersaiz semut yang biasa tapi sekali dia menggigit seabad terasa. Kadang-kadang terlalu ghairah memanjat pokok zaman anak-anak dulu, hingga tak sedar semut jenis itu sedang bersedia dengan bala tentera tanpa senjata maujudnya untuk menyerang kulit-kulit yang cuba melakukan penghapusan etniknya tanpa sedar (memanglah tak disedari kerana asyik memetik buah dan makan sekali di atas pokok). Ampunkan kami Sang Semut, bukan niat mengganggu.... cuma tumpang lalu di teratakmu.